Just A Story



Simpan kemas.
Tuesday, May 30, 2017 | 3:46 AM | 0 Words
Aku.
Aku nampak gagah sebab aku cuba sembunyikan apa yang aku rasa.
Even, orang yang paling rapat dengan aku pun takkan perasan apa yang aku hadapi sampailah aku bukak cerita.

Aku.
Aku manusia yang sentiasa simpan kemas apa yang aku rasa.
Bila tiba waktu aku dah tak boleh tahan apa yang buat aku kusut,
Aku akan mula salahkan diri sendiri dan tahap tertekan aku akan naik sampai level aku nampak semua benda jadi hitam, rasa loser teruk, dan aku tau apa yang aku buat takkan jadi 'favorite' orang.

Aku.
Aku manusia yang sentiasa ingin rasa dihargai.
Walaupun benda tu hanyalah compliment yang kecil, tapi sekurang-kurangnya aku tau effort aku bukan sia-sia.
Even, bila orang cakap "yurm kau pandai masak", "aku rasa kau la antara budak sg yang padu", "yumni cantik, baik pulak tu", "yumni, kau sorang je yang aku betul-betul percaya dekat UM ni", "Jujurlah aku cakap, kau antara orang yang reliable yang aku boleh harapkan", "yumni selalu jaga hati orang lebih daripada hati dia sendiri"
These kind of things actually dah buat aku rasa apa yang aku buat tu menyenangkan orang.
Walaupun compliments tu bagi orang lain tak seberapa, but to me it's more than anything. Sebab aku tau rasa sakitnya, rasa kecewanya bila orang tak hargai apa yang kau buat. Tak hargai kebaikan dan pertolongan kau. Bukan nak mengungkit, tapi masa susah, aku jugak dicari. Bila senang, aku ni serupa sampah. Kau nak kau kutip, kau tak nak kau buang.

Aku.
Aku manusia yang paling pathetic and annoying.
Aku tahu.
Tapi sepathetic aku, apa yang aku boleh buat sendiri aku buat and aku tak menyusahkan orang.
Bila waktu kritikal je baru aku perlukan orang, dan aku bukan terus mendadak daripada zero pergi dekat orang tu suruh buatkan kerja aku. Aku buat apa yang aku mampu, bila aku tak mampu aku mintak bantuan untuk betulkan apa aku salah.
Tapi nak buat macam mana, aku dah banyak pengalaman.
Walau tak seberapa, tapi pengalaman pahit aku lagi banyak daripada pengalaman manis aku.
Sometimes, aku rasa aku matang sebab pengalaman yang aku dah lalui.
Aku jadi makin cepat tawar hati bila aku tak suka sesuatu, pendam masalah aku sorang-sorang, bila aku marah, aku akan diam dan buat kerja aku sendiri. Sebab aku dah lalui saat aku tak boleh kawal kemarahan aku. Sakit aku dengan orang tu bertahun baru pulih. Impak dia besar.
Aku belajar daripada setiap kesilapan.


Aku.
Aku tak cakap hidup aku bahagia.
Dan aku juga tak cakap hidup aku tak bahagia.
I've been survived for 22 years and all my needs aku try usahakan sendiri.
That's why bila orang cakap "ala mintak je kat parents kau."
Aku bukan anak yang sentiasa mintak dapat, mintak dapat. Apa kemewahan yang aku ada kebanyakkannya usaha aku sendiri.
Bukan sebab mak ayah aku tak mampu tapi sampai bila aku nak menyusahkan diorang.
Kalau katakan jasad ini mak ayah aku punya, aku akan bagi kat mak ayah aku. Andaikata aku menyusahkan diorang, suruh bakar je jasad aku ni. Tapi Allah pemilik jasad ini. Aku amanah mak ayah aku. Jadi apa aku buat, itulah yang akan tentukan kehidupan lepas kematian mak ayah aku. Aku inginkan syurga buat mereka.


Aku.
Aku manusia paling tak suka bila orang cakap "kalau ada masalah, boleh share.", "tabahlah", "kuatlah", "sabar", "ada pape nak share, share lah".
Aku bukan tak suka sebab aku benci, tapi aku akan tunjuk weak side aku kat orang tu. Aku akan automatik jadi helpless and handicapped.
Aku akan automatik nangis, sebab aku selalu rasa aku seorang, Dan aku dah terbiasa dengan rasa tu. Bila orang concern pasal aku, aku akan rasa. "Allah, kenapa Kau masih bagi orang-orang yang baik sekeliling aku. Aku tak layak tuhanku. Cacat cela aku tak melayakkan aku untuk didampingi orang sebaik mereka ini". 
Akulah manusia yang paling cepat koyak bila aku dah overlimit tahan perasaan aku.
And aku sebenarnya takut, bila aku start bercerita or rapat dengan seseorang, perlahan-lahan orang tu akan makin jauh dengan aku.
Sama ada meneruskan hidup dengan komitmen or dalam diam dia judge kelemahan aku.


Aku.
Aku punya habit buruk.
Habit aku bila aku terlalu marah atau kecewa dengan perangai manusia,
aku akan tumbuk dinding, tumbuk meja apa saja untuk gantikan sakit di hati aku.
Biar sakit tu terasa pada fizikal tapi bukan pada emosi dan mental.
Kerna itu lebih menyakitkan.
Tapi ini kalau dah tahap kritikal yang aku tak boleh tahan sangat dah.
Selagi masih waras, aku masih tahu apa yang baik apa yang buruk.
Tak perlu ingatkan aku apa yang aku tau, "ambil wudhuk" "gi solat", "sujud pada Dia"
Aku tahu semua tu dan bukan aku tak percaya.
Kadang, aku punya waktu yang aku perlukan jawapan segera.
Bukan bererti aku tak percaya apa yang Allah beri.
Aku masih keanak-anakan dalam fasa mematangkan diri.
Masih jua keanak-anakan dalam deal with feelings, emosi.
Aku cuma mungkin mata daripada pujuk diri sendiri.




Ada satu tweet yang aku quote daripada twitter lah pokoknya.

"Because most people are listening to give a respond, not to understand" - yoishmuse


He always inspires me with his words. In every ways.
His name is Adam.
Semua yang dia tweet macam link kepada apa yang aku tengah fikir or rasa.
It is like two indirect communication. (Telepathy)


Dan aku.
Makin aku simpan kemas apa yang terbuku dalam hati,
Semakin mudah orang cuba leraikan ikatan itu.
Sama ada dengan kerelaanku atau sewaktu aku menelan pil kuda.
Kemudian, berlalu pergi dengan ikatan yang masih terbuka itu.
Dan aku.
Sebenarnya aku lemah.
Dan aku.
Cuma harapkan sedikit penghargaan.
Tak perlu diiktiraf.
Cukup sekadar buat aku rasa aku wujud dan diperlukan.


-End-



-Past-