Kerana Allah, bersabarlah.
Monday, October 5, 2015 | 9:33 PM | 0 Words
Kerana Allah, bersabarlah.Aku tahu aku tak sempurna.
Aku dihakimi kerana kesilapan lalu.
Dianggap tidak berguna.
"Ah, sabarlah. Allah ada."
Aku tahu dulu aku tidak jalankan tugasku dengan baik.
Mungkin aku terlalu melebih.
Mungkin aku tidak layak untuk bersuara pun.
"Ah, sabarlah. Allah ada."
Aku tahu dalam diam aku tidak suka pada orang.
Mungkin dalam seorang yang aku tak suka tu ada sejuta orang tak suka aku.
Aku tahu aku tak mampu jalankan tanggungjawab dengan baik.
Sekadar pembantu.
"Ah, sabarlah. Allah ada."
Aku tahu dalam betulnya aku.
Ada lebih silapnya pada aku.
Tak mustahil aku mendesak orang buat kerja ikut cara aku.
Dalam diam mereka memberontak membenci aku.
Aku yang silap.
"Ah, sabarlah. Allah ada."