Dia punya hati.
Sunday, October 4, 2015 | 4:56 PM | 0 Words
Dia punya hati.Hatinya sangat keras, tidak punya rasa.
Kerana rasa itu telah hilang bersama masa.
Berhenti tatkala waktu turut berhenti.
Dia punya cinta.
Cintanya sudah pergi menghadap Ilahi.
Dia mula belajar mengerti, menghargai.
Di saat waktu berhenti untuknya.
Dia punya kecewa.
Kecewa kerana sentiasa mengalah.
Di saat dia hendak bangkit tetapi rebah.
Kerana dia tidak mampu membetulkan keadaan dalam singkatnya masa.
Dia punya kesedihan.
Namun hanya terpendam bersama bisunya bicara.
Dia punya Tuhan yang mendengar rintihan hatinya.
Namun masih jua menyalahkan diri dihimpit keadaan.
Dia punya rahsia.
Rahsia yang tak termampu dipikul.
Namun dia punya kekuatan pada dasar sahaja.
Kekuatan yang sedikit tetap jua melukakan sang hati kecil.
Hanya kelukaan menjadi teman sejati.
Hanya Tuhan menjadi tempat keluh kesahnya.
Hanya hati yang tetap berdoa mengharap sedikit kekuatan.
Hanya doa yang mampu ditaburkan.
Hanya keimanan yang menjadi benteng penghalang dosanya.
Hanya tangisan sendu malam menjadi sahabat sepi.
Hanya dia memahami dirinya.
Kerna sudah lama dia kecewa. Kecewa dengan hidupnya.
Tiada apa pun budi, bakti, keistimewaan, keberanian yang boleh dikepilkan bersama diari hidupnya.