Just A Story



Allah, bantu aku.
Monday, October 5, 2015 | 9:48 PM | 0 Words
Layakkah aku?

Kadang, rasa diri ni tak layak sangat.
Tak layak untuk cinta manusia.
Tak layak untuk melakukan perubahan.
Tak layak untuk jadi someone better.

Kadang, rasa diri ini berubah kerana fesyen.
Kerana nak orang nampak aku baik.
Kerana nak orang tengok aku alim.
Alim kucing? Mungkin.

Kadang, apakah diri ini benar ikhlas?
Setiap kali titisnya air mata di atas sajadah, rasa adakah aku berpura?
Setiap kali pandang Al-Quran, tertanya betulkah bacaanku, tajwid ku.
Kerana aku lompat daripada Iqra 3 terus kepada Al-Quran.
Apakah di akhirat kelak, kitab ini akan tertawakan aku.
Kerana kejahilanku membaca setiap ayat dalam silap.
Risau. Bukan tak risau.

Kadang, rasa diri ini cuma nak nampak suci.
Tapi mulut masih berbicara kotor.
Hati masih berbaur "racist".
Minda masih berada di takuk lama.
Tindakan masih berada dalam zaman jahiliah.

Kadang, rasa diri ni jauh sangat daripada apa yang diniatkan.
Niat untuk berubah, tapi semakin lama semakin takut.
Takut jika perubahan ini cuma sementara.
Takut jika segalanya dicatatkan oleh malaikat sebagai "tidak ikhlas."
Takut fikirkan ketidakupayaan diri ini untuk menjadi insan yang terbaik.
Untuk turut jua meminta insan yang baik untuk diri ini.

Kadang, rasa diri ini hina.
Punya teman-teman yang baik.
Punya sahabat menuju syurga.
Tetapi langkah masih jauh untuk mencapai tangan sahabat dan teman sejati.
Kadang, rasa diri ini tak berguna langsung.
Malu bila melihat kaum hawa yang bersifat lebih cantik pekertinya.
Cukup akhlaknya, cukup ilmu agamanya, cukup cantik bahasanya.
Aku tak kuat.


Allah, bantu aku. :')

-Past- | -New-