Tidak berjasad.
Monday, December 15, 2014 | 1:57 AM | 0 Words
Semakin kau kejar apa yang ada dalam kehidupan singkat ini, semakin kau semaikan angan dan harapan kosong.
Kau takkan sedar bila sesuatu itu bermula, dan kau takkan sedar bila perkara itu berakhir.
Yang terlihat di mata belum tentu terlihat juga pada mata hati. Kau nampak dia senyum, kau nampak dia ketawa,
Tetapi, kau tak nampak dia sedang menangis di dalam dasar hatinya yang paling dalam. Kerana dia tak pernah tunjukkan pada kau "the worst-side" of him/her. Kerana dia yakin, cukuplah yang di atas sana lebih mengetahui apa yang terbuku dalam hati dia.
Dalam sunyi malam, mereka berbantalkan "harta" tetapi dia ?
Dia cuma berbantalkan sepi malam bersama tangisan suara hati yang tak mampu terluah dengan kata. Cuma setitis rasa, cuma madah perasaan bercampur-baur mentertawakan kebodohannya.
Dia sembunyi rapi segala yang termateri di hati kerana dia bukan pahlawan gagah yang mampu melaras pedang apabila seluruh dunia mengherdik dan menghina. Dia bukan seorang penjaga rantai besi yang mampu mengikat hatinya dengan rantai besi terkunci mati. Dia hanyalah sehampas habuk yang diterbangkan oleh angin, kotor dan memedihkan mata yang terkena.
Akhirnya, dia tewas di medan perang yang dia cipta sendiri. Kerana sangkaan mata-mata dunia, dia seorang yang naif, suci tetapi tidak seperti rupa sebenar sekujur tubuh itu, cuma khabar sahaja yang lebih dari indah.
Dia hilang kepercayaan diri, dia hilang kepercayaan dan kasih sayang orang sekeliling, dia hilang keberanian diri untuk bersemuka dengan dunia, hilang segala-galanya termasuk dirinya sendiri.
Dia tidak punya hati untuk diberi, dia tidak punya daya untuk dikerah, dia cuma ada sekujur tubuh berjasad kosong yang bertemankan luka dan sepi.
Dan dia masih sendiri, hadapi segalanya sendiri. Dimana suatu hari nanti dia mungkin akan hilang dan takkan
kembali.
kembali.