Just A Story



Titik kematangan hidup.
Tuesday, June 17, 2014 | 4:05 PM | 0 Words

"The struggle of maturity is to recover the seriousness of the child at play." - Friedrich Nietzsche

"Maturity is not when we start speaking about BIG things. It is when we start to understanding SMALL things."

Dalam kehidupan ini kita tahu bila ada masanya kita kena semakin matang dalam menjalani kehidupan , berdepan dengan realiti dunia. Sesakit mana pun kau hadapi , ingat Allah takkan tinggalkan kau keseorang walaupun orang lain berbuat demikian. Sebab bumi ini bulat , semakin kau lari , kau akan tetap berjumpa dengan orang yang pernah sakiti kau. Jangan sedih dan jangan gusar. Allah dah aturkan sebaik-sebaik rancangan hidup kita. Kau larikan diri daripada tuhan , kononnya kau boleh hadapi semua masalah dengan diri kau sendiri. Ingat , kau bukan pejuang hebat selagi kau meletakkan Allah di tempat terakhir. Bukan susah , mengadu dan minta pertolongan. Tiada yang sebaik-baik pertolongan selain pertolongan Yang Maha Kuasa. Kita manusia biasa , insan yang lemah tapi tak pernah nak beralah dengan Dia sebab ego menguasai diri. Hadapi masalah keluarga ? sebab apa sebab Dia mahu uji sekuat mana kasih kita pada keluarga , sekuat mana perjuangan kita untuk kekalkan maruah keluarga. Adakah kita mengabaikan tanggungjawab atau mengaibkan maruah ahli keluarga ?  Masalah hidup sebagai seorang manusia/kawan. Masalah ini takkan pernah lari selagi kita masih berpijak di atas dunia yang nyata di mana semua bersaing untuk naik sehingga lupa pada yang bawah dan sombong dengan yang paling atas. Jika Dia mengatakan tidak , maka tidak akan terjadilah apa pun. "Kun Fayakun" Maka terjadilah ia seperti mana Allah kehendaki. Masalah cinta. Jangan susah hati , Allah sudah tetapkan jodoh kita bila tiba masa bertemu jua. Ada seorang hamba Allah ini berkata pada aku "Cinta ini mudah untuk dimiliki , mudah dijaga tapi ingat masih ada syarat-syarat cinta yang kamu masih belum tahu.. syarat-syarat untuk mengekalkan perasaan cinta itu sendiri." ayat yang mudah tetapi terlalu mendalam. Jangan terlalu mengabdikan diri pada cinta sedangkan kamu dengan Allah pun berkira tentang cinta. Manusia yang jahil pun tahu "Cinta yang hakiki adalah cinta Ilahi". Jika kita menyukai seseorang , doakanlah kebahagiaannya , keselamatannya. Tiada yang lebih baik dari itu. Siapa tahu jika kita ikhlas dengan hati kita dengan Allah , Allah akan bagi ganjaran pada kita. Hati bisa berbolak-balik kerana hati manusia tidak akan kekal melainkan kekal mencintai-Nya.Aku teringat satu ungkapan seorang hamba Allah yang selalu aku stalk twitter dia dan rakan-rakannya semata-mata untuk mendapatkan lebih banyak ilmu. "Tidak baik merindui ajnabi ya akhi. Berdosa. :)" Bersederhanalah dalam apa jua kita lakukan. Hidup hanya sekali , jangan riak , jangan takkabur , jangan sesekali berdusta. Berdusta kepada diri kita sendiri. Renung-renungkanlah setiap titik kata pandangan dari saya yang juga manusia khilaf masih banyak kekurangan. Sesungguhnya , Allah lebih mengetahui dan telah pun melakar titik perjalanan hidup kita semasa di dalam kandungan ibu kita lagi. MashaAllah. :)

-Past- | -New-