tearsdrops on my angrybird
Thursday, December 22, 2011 | 11:24 PM | 0 Words
hari nie aku melarikan diri ke kampung. aku nak lupakan segalanya. i thought i can forget all bad things yang berlaku kat aku , but aku salah. aku tak boleh lupakan segalanya. aku serabut. aku dah tak nak lukakan hati orang lagi. cukuplah aku dah banyak lukakan hati orang bila masuk soal hati. aku boleh tipu diri aku , aku boleh menafikan segalanya tapi aku tak boleh tipu Allah , aku tak boleh menafikan segalanya yang terbuku dalam hati aku. aku tau aku nie mengada. aku nie jahat. aku gedik. semua aku. tapi boleh korang berdiri tempat aku and rasa apa yang aku rasa saat ini. malam nie aku kuatkan jari jemari aku menekan skrin fon aku walaupun pada hakikatnya semuanya kaku. saiz : 9 pages. just to sms dia. dia. dan dia. sebab aku termenangis bila dengar something bout him. ye aku tak perfect. aku tau aku dah dilupakan , tapi atleast aku masih lagi boleh jadi seorang sahabat kan ? even aku tak tau apa 'status' kiteorang. aku buntu. aku diam , pendam sorang diri. aku tak mampu nak buat apa lagi. even nak patah balik pun takkan dapat. aku tau , aku faham. sebab aku seorang perempuan. aku hanya mampu berserah pada Allah segalanya. mungkin yang akan datang adalah sebuah pengorbanan yang bermakna atau sebuah pengorbanan yang akan menjadi penghujung segalanya. bodohlah aku if aku cakap aku dah lupakan dia. aku dah try sehabis mahu. aku try bukak pintu hati aku untuk orang lain. tapi.... aku tak boleh. apa lagi kepastian yang aku cari ? aku tau semua nie takkan ada endingnya lagi. semuanya tergantung. dan terus tergantung. masing - masing melarikan diri , masing - masing hadapi masalah sendirian. biarlah masa menentukan segalanya. aku masih mencari diri aku yang sebenar. diri aku yang dulu. hmm , maafkan aku sebab aku tak boleh terima orang lain. please jangan terus berharap pada aku. aku tanak lukakan hati seorang insan yang terlalu baik. aku dah tak mampu nak hadapi lagi. biarkan aku terus berlari dari dunia realiti walaupun aku menangis setiap malam , setiap hari , setiap saat atleast aku dapat kekuatan dari setiap titisan air mata yang mengalir. hmm ,
# 'good things come to those who waits' - my lil friend #
p/s : jangan mainkan perasaan orang lain jika kita masih belum dapat lupakan insan yang kita sayang sehingga hari ini. jangan jadikan orang lain sebagai alat untuk kita lupakan orang tersayang. kalau pintu hati kita masih belum dapat lupakan dia , please be honest. jangan terus menerus tipu diri sendiri. nanti kau jugak yang dapat balasan. renung - renungkan sampai termenung :')