pengorbanan cinta
Tuesday, December 20, 2011 | 3:15 PM | 0 Words
semua orang tahu erti cinta. semua orang merasa dicintai , mencintai dan bercinta. perasaan yang menjadi lumrah kehidupan setiap manusia. yang membezakannya hanyalah cara kita mencintai , dicintai dan cara kita menjaga cinta itu. cinta adakalanya indah dan adakalanya pahit untuk ditelan. cinta mendidik kita merasa sesuatu yang belum pernah kita rasa. contohnya disayangi dengan setulus hati oleh orang yang menjadi sebahagian daripada hati kita. cinta yang indah apabila cinta itu hadir dari hati yang tulus apabila wujudnya dua orang yang saling mengasihi dan sanggup berkorban apa saja demi insan yang dicintai walaupun langkah kita itu mampu meretakkan hati sebelah pihak tapi demi kebahagiaan bersama , perempuan banyak melakukan pengorbanan demi insan yang disayangi sepenuh hatinya sebab kami diberi suatu kekuatan yang tak ada pada pada semua lelaki. ada jugak lelaki yang sanggup buat benda yang sama. seperti sepasang kekasih yang terpaksa memutuskan hubungan mereka demi menunaikan janji pada keluarganya. memang permintaan itu amat sukar untuk kita laksanakan , tapi kerana terlalu sayangkan pasangannya , pengorbanan tu terpaksa dilakukan walau sesukar mana walau tak serela mana. demi cinta dia korbankan segalanya termasuk hatinya sendiri sampai tertutup pintu hatinya untuk lelaki lain. dia mula meredhainya. dia sanggup menipu diri sendiri supaya pasangannya tidak merasa sedih atau mungkin tidak tahu apa yang dia alami saat ini. memang mudah untuk orang lain cakap 'lupakan jela dia' , tapi kita yang merasa betoi tak ? orang takkan faham apa pun perasaan kita. coz itu diri kita. ada juga cinta yang terhalang oleh ibu bapa , dia korbankan hati demi menjaga perasaan orang tuanya. dia sanggup melukakan diri sendiri demi kebahagiaan orang lain , demi senyuman orang lain. tapi dia hanya mampu berdiam. sedangkan dia terseksa , hidupnya bagaikan keseorangan , tanpa segalanya. dia berpura - pura gembira depan orang lain tapi dalam diam hatinya menangis , menjerit , meraung. tapi siapa tau ??!! dia sanggup menanti saat dimana cintanya akan bersatu semula. saat dia meninggalkan semua luka untuk kecapi bahagia.
*sanggup menanti seribu tahun sekalipun. macam lagu blog nie*
#tapi satu hari nanti kedua - dua pasangan ini akan mendapat kebahagiaannya yang lebih dari orang lain kerana doa yang ditadahkan pada ilahi , kerana pengorbanannya kerana Allah. insyaallah.#
cinta yang pahit apabila kita terlalu mencintai seseorang itu , tapi akhirnya cinta kita hanyalah penuh dengan kepura - puraan , cinta yang kita semaikan hanyalah palsu , sekadar permainan perasaan sebagai mengisi hati yang kosong untuk sementara waktu. *bertepuk sebelah tangan* , cinta yang tulus dikhianati sedangkan mereka sudah lama bergelar pasangan kekasih. ending pada fakta ini hanyalah airmata sesalan yang menitis. contohnya member aku sorang nie , bercinta bagai nak rak , bak kata orang tolak nasi pun tak pe asalkan henfon 24 jam kat tangan. heboh la kat bestfriend dia , dia ada boyfie yang setia. oneday , boyfie dia tak mesej dia langsung , even kol pun tak angkat. dia pun bukak facebook tengok kat inbox. air mata kaca dia jatuh bila ayat boyfie dia nie 'awak , sebenarnya saya tak cintakan awak , saya cintakan ex saya , saya kapel ngan awak sebab saya nak lupakan ex saya. tapi saya sedar saya tak mampu lupakan dia. even seribu tahun pun. maafkan saya sebab pergunakan awak selama nie. saya harap awak lupakan saya. lagipun saya dah kembali dengan ex saya balik. jaga diri okay. salam' , *perghh ayat lelaki tak guna nie , kau ingat perempuan nie macam spenda ke ? asal koyak je buang lam tong sampah?!!* akhirnya member aku nie amek keputusan untuk tak kapel lagi dah sebab dia benci lelaki. lelaki memang senang permainkan perasaan perempuan. *yang jerk je la* ,
ada seorang insan yang istimewa bagitau aku ' jangan menangis , air mata wanita sangat mahal. setiap airmata wanita yang menitis kerana seseorang , orang tu akan dapat balasan di akhirat sebab dia buat air mata wanita itu menitis kerana dia lukakan hati wanita itu ' , so korang boleh jadikan ayat nie sebagai kekuatan korang wahai perempuan luar sana. #tukar jela nama korang -.-' , janganlah seru nama aku , okaii ?#
*kisah benar*