Just A Story



kerna terpaksa...
Wednesday, December 28, 2011 | 8:59 PM | 0 Words
kadang - kadang kita terpaksa berkorban sesuatu demi orang yang kita sayang , even walau sesukar mana pun sepahit mana pun pengorbanan tu tapi kita terpaksa jugak buat sama ada kita suka ataupun tak. TERPAKSA. itu la satu perkataan yang memeritkan keadaan , perasaan dan jiwa. semuanya kerana dia. walaupun kita tak sudi , tak rela , tapi tak ada lagi penyelesaian lain yang mampu mengubah jalan yang dipilih. kadang - kadang kita terpaksa bohong diri kita sendiri demi orang lain , kita hanya nak melihat kebahagiaan dia , kita nak dia dapat yang terbaik untuk diri dia. kita nak dia lupakan kita buat selamanya supaya hatinya tak terluka lagi. kita menipu orang lain demi menjaga hati demi membiarkan diri ini dibenci dan terus dibenci.  kerana terpaksa , kita sanggup korbankan air mata kita untuknya sehingga tiada lagi titisan terakhir. demi kebaikan semua pihak. erti penyesalan tidak mampu lagi membantu. kerana terpaksa kita lupakan segala kenangan kita bersama dia hanya untuk menutup segala kesedihan yang berombak di dada. kerana pengorbanan yang terpaksa ni , kita buat sesuatu diluar jangkaan. kita memilih keputusan yang salah , jalan penyelesaian yang singkat. tak berfikir panjang , hanya mengikut kata hati. namun masih ada sendu pada tangisannya. masih ada sakit pada jiwanya bagaikan dirobek dengan sembilu , halus namun hakikatnya menyakitkan. terlalu ~ , masih ada memori pada ingatannya. lelah dan terus pasrah pada takdir. perasaan serba salah yang sentiasa mengekori diri bagaikan bayang - bayang. menanti suatu yang entah berlaku atau tidak.

'bangkitlah dari mimpi semalam , pandanglah ke hadapan. jenguklah realiti kehidupan. terimalah apa seadanya. jangan pernah berpatah balik ke masa lalu.'

mampukah ? pastikah ? yakinkah ? - soalan yang sentiasa memenuhi ruang fikiran.

hakikatnya 'kerna terpaksa' semuanya jadi serba tak kena , timbul prasaan serba salah. jiwa - jiwa yang menanti dilukai. suatu pengorbanan yang memeritkan jiwa. namun harus dijalaninya sendirian.

-Past- | -New-