Just A Story



apa erti sayang pada korunk ?
Sunday, December 18, 2011 | 2:03 PM | 0 Words
apa itu sayang ? sayang adalah suatu perasaan yang adakalanya boleh membuatkan orang merana or mungkin hilang kepercayaan pada orang lain *pendapat aku berdasarkan apa yang aku alami* , memang mudah untuk kita meluahkan perasaan sayang pada seseorang yang kita suka. tapi adakah kita benar - benar pasti bahawa sayang kita tuh memang setulus hati untuknya atau sekadar pemanis kata untuk menutup segala serba salah ? semakin lama semakin aku takut untuk mendengar perkataan 'aku sayang kau sangat - sangat' sebab aku tau mungkin itu hanyalah perasaan sementara. satu hari nanti perasaan tu akan pergi dengan sendiri. erti kata lain aku trauma dengan perkataan tuh. sebab perkataan tu la banyak meninggalkan kesan yang pahit dalam hidup aku. aku hilang orang yang aku sayang. aku hilang diri aku yang aku sayang. diri aku yang baik. sebab perkataan yang mudah sangat orang luah pada aku menjadikan aku semakin takut dan terus takut. korang pun mesti selalu alami perkara yang sama. korang pun tau kan apa perasaan bila orang cakap orang sayang kau , fuhh mesti time tuh korang habeh berangan lah , terharu bagai , aku rasa kalau ada yang suka sangat tu sampai gulink - gulink atas lantai. tapi cuba korang tanya balik , 'betul ke dia sayangkan aku sebab memang dia maksudkan atau just nak bagi aku perasan atau mungkin just nak butakan mata aku dengan tunjuk la dia nie caring , loving sal aku ?' , then setelah lama perasaan tu berputik tetiba semua tu berakhir dengan kesedihan je. semua perasaan sayang tu hilang macam tu je. sakit betul tak ?. kadang - kadang kita tak boleh terlalu percaya yang orang akan sayang kita macam kita sayang orang sebab satu hari nanti mesti akan ada yang terluka kerana perasaan yang kita cipta tuh. maka akan keluarlah ayat - ayat macam nie 'thanks awak sebab pernah sayangkan saya. semoga awak bahagia dengan dia keyh' #contoh#. betul tak ? bukan kita mengharap orang sayangkan kita , cuma ketulusan dan kejujuran tu amat penting kan ? , aku harap lepas nie korang jangan la terlalu percaya bila seseorang tu dengan mudahnya luahkan kata - kata 'saya sayang awak.' , cuba selidik adakah dia betul - betul maksudkannya :) , bukan untuk buat korang menyampah dengan statement aku , cuma kita perlu berhati - hati dengan ungkapan perasaan ini. kadang - kadang boleh menjadi racun pada hati kita yang mampu buat kita benci pada seseorang :) lagi parah if satu hari korang find out yang semua tu hanyalah palsu semata - mata. darah tengah manis , kentut hangit pun kata bau lemon , mulut puaka pun kata manis macam ice-cream strawberry , perangai macam jin pun kata baik dowh macam ustaz , that time dah tak berguna lagi dah erti penyesalan. sebab salah silap datang daripada kita yang terlalu mudah yakin soal hati dan perasaan.  renung - renungkanlah sampai kau bercanggung :D


p/s : bukan nak mengeksploitasikan otak korang. just sebagai perkongsian semata - mata :)

-Past- | -New-