'unspeakable hope'
Thursday, November 10, 2011 | 9:34 PM | 0 Words
kadang - kadang tak semua benda yang kita nak boleh dapatkan ? kebahagiaan , kesenangan , dan ketenangan. lebih memeritkan bila apa yang kita dapat terus - terusan hanyalah kekecewaan , kesedihan dan kelukaan. aku hanyalah insan yang lemah. lemah dalam perihal hati. kenapa aku merasakan hidup yang aku dapat nie semakin memberi panahan duri. bila aku cuba untuk tersenyum meski senyuman itu akan jadi racun bagi aku akhirnya. mengapa aku harus dipersalahkan kerna kesalahan orang lain ? kenapa setiap kali luka itu hendak sembuh pasti akan ada sesuatu yang menambahkan sakit luka itu. haruskah aku dipersalahkan dalam semua perkara ? setiap kali habis minta tolong mesti cari salah aku. aku seperti hidup di dalam dunia penindasan. sekuat mana lagi hati aku hendak mempertahankan ? luluh. hanya Allah sahaja yang tau bertapa lemahnya aku saat ini. hanya pasrah mampu aku sembahkan. cuba untuk berdiri di saat aku tersungkur menyembah bumi. namun.. segalanya hanya angan - angan yang mampu aku ciptakan. saat aku rebah jatuh ke bumi , tiada seorang pun menghulurkan tangan untuk sambut tangan aku sebaliknya pergi meninggalkan aku keseorangan. simpati ? semua itu tidak pernah terlintas dalam fikiran mahupun hidup aku. semuanya kosong. pandangan mata dan hati aku kosong. hanya tangisan mampu aku pendamkan. dada ini terasa sesak. sesak dengan masalah yang aku hadapi. aku sudah kalah dengan diri aku sendiri. tubuh kaku dan mulut terkunci kerna mengharapkan seseorang akan mengerti apa yang aku alami. tapi.. , segalanya hilang. semakin hilang dan kabur dari pandangan mata. [ alone..]. melodi indah cuba aku cipta untuk menyatakan aku tidak keseorangan tapi aku tidak mampu berbohong. [ aku masih sendiri ]. detik waktu berlalu semakin menghimpit perasaan , usia , perlukah aku bersikap sombong dan lari daripada realiti kehidupan yang sudah ditakdirkan untuk aku.
''belajar untuk melukai hati sendiri agar suatu masa nanti kau akan tersenyum mengingati luka itu kembali.''
semakin hari hanya episod luka yang muncul dalam hidup aku , aku masih lagi tersenyum [ fake smile ] supaya orang lain akan turut sama tersenyum , supaya orang lain tidak menyedari bertapa peritnya jalani kehidupan sebagai aku. kalau disediakan satu sudut untuk aku melepaskan segalanya , akan ku lepaskan segala derita. akan aku luahkan. titik. biar dunia melihat hibanya hati ini. biar matahari kembali menyinari segala kesuraman dalam diri. biar hujan menjadi peneman sejati bersama titisan air mata.
aku serahkan segalanya pada hidup ini. pada takdir ini. dan pada yang utama ALLAH S.W.T :/