Just A Story



memori bersama arwah :'(
Sunday, November 20, 2011 | 12:39 PM | 0 Words
first of all al-fatihah buat arwah atok dan opah : syed ali bin syed idrus serta noran binti meor adnan.

hari nie hati aku berasa sayu namun aku tetap redha dengan permergian mereka yang aku sayangi , aku rinduu sgt kat arwah atok n opah aku. waktu atok aku ada rumah tu tak pernah sunyi , atok aku nie suka bawak senapang ronda satu rumah , maklumlah bekas askar *dah jadi kebiasaan* , setiap kul 12 time atok aku beroperasi , kalau tak berbunyi pintu ngan tingkap memang tak sahlah rumah atok aku tuh. 3 tahun dah berlalu , aku masih rindukan suara dia , gelak tawanya dan bunyi tapak kaki dia. by the time dia dah tak ada pun bunyik itu masih terngiang - ngiang. dulu masa dia ada , setiap hari khamis mesti tak boleh ubah channel laen. sure - sure kiteorang akan lepak sesama tengok WWE , sampai gaduh - gaduh coz atok aku suka the rock , aku plak suka sangat kat tripple H , hensem bila pakai topi bila bukak perghh mata dia mengancam , atuk aku siap ajuk lagi trademark si the rock tuh ,''do you smell what the rock is cookin?" yeayhh itulah trademark yang tak pernah lekang dari mulut atok aku , n sentiasa penuh aksi bila tengok wrestling tu , mungkin jugak boleh pecah tv tu kalau hari - hari ada. yang paling tak tahan tuh sampai mengigau - ngigau. haih atok - atok :') rinduu sangat. masa hari before atok pergi tinggalkan kiteorang , kucing kesayangan atok degil ikut atok pergi seberang jalan pehtu kena langgar kan ? sebab setianya dia pada atok. :'( , malam tu roh kucing tu datang menjenguk rumah tuan dia , yumni nampak sekerat badan dia di sebalik dinding tu ,  atok tak pernah sakit , tapi sebab Allah lebih sayangkan atok. atok pergi dengan wajah yang tenang sangat. atok tak pernah berkira dalam semua benda. :'( , sayang atok sangat - sangat ! dah lama tak tengok WWE sebab air mata nie akan menitis teringatkan atok. kenangan kita ~

opah , walaupun kita tak rapat macam kak yang , kak nyah , tapi yumni sayangkan opah sangat - sangat. bila yumni demam opah sanggup gorengkan ikan kembung pehtu gaul dengan nasi buh kicap kan :) , i will always remember that moment , sampai nangis - nangis. opah yang suapkan , air tangan opah adalah the best di dunia. opah sanggup bersusah payah demi memenuhi selera kiteorang. pemergian opah sangat menyayat hati , puncanya sebab ada benda 'tumpang' kat kaki opah kan , until the last day i heard your voice inside the toilet , opah jatuh pehtu opah mencarut ,yumni ada kat dapur masa tu opah. cuak sangat time tu. lepas tu opah terpaksa habiskan seumur hidup opah kat hospital kan ? sebak hati yumni bila yumni tak dapat jaga opah sebab masa tu upsr , n opah selalu panggil - panggil nama yumni. mama cakap opah rindukan yumni. sampailah hari nafas opah terhenti , yumni tak sempat peluk opah , yumni panggil nama opah tapi masa tuh waktu opah dah suntuk. opah tak dengar. last permintaan opah , opah nak meninggal dalam rumah baru kan ? , mungkin Allah tunaikan permintaan seorang isteri yang tak pernah menderhaka pada suaminya. malam tu yumni mimpi opah datang , opah pesan suruh jaga atok 'kamu jaga atok kamu baik - baik , dia tu takut. dia dah tua. opah dah tak ada nak jaga kome' , sayunya hati. wajah opah suci dan tenang sangat dengan berpakaian putih. wajah opah berseri - seri. ya Allah , itu satu permintaan dari opah :') Allah lebih menyayangi opah n atok. , maafkan yumni sebab tak mampu jaga atok sebaiknya. opah pergi dengan tenang. terasa separuh hidup aku hilang time tuh. rinduu opah sangat - sangat.
kubur opah sentiasa bercahaya.


tidak lupa juga al - fatihah buat moyang yang tak pernah sempat bertemu : syed idrus bin syed hassan. selaku ketua kampung yang baik , nama sekolah rendah chemor tu ditukarkan ke atas nama moyang sk syed idrus , chemor. sekolah tu masih berdiri teguh :) , semoga pahala moyang tak pernah putus.

ya Allah , semoga mereka ditempatkan di sisimu berserta dengan orang - orang yang beriman..
dan semoga roh mereka dicucuri rahmat :')
*menulis sambil menitiskan air mata kerinduan*

-Past- | -New-