Just A Story



kerana hakikat ini...
Sunday, November 27, 2011 | 9:48 PM | 0 Words

kerana hakikat ini aku semakin mendekati-Nya , kerana hakikat ini aku serahkan segala penderitaan ku pada-Nya yang maha mendengar segala susah payah yang aku tanggung. kerana hakikat ini aku semakin dewasa untuk menangani segala masalah yang aku hadapi. kerana hakikat ini aku semakin kuat walaupun pada asalnya aku adalah insan yang lemah yang hanya redha dan pasrah pada ketentuan-Nya , kerana hakikat ini aku masih berdiri teguh untuk berhadapan dengan segala dugaan dan rintangan yang aku hadapi. kerana hakikat ini aku jadikan sebagai panduan dan asas dalam menempuhi segalanya. kerana hakikat ini aku menitiskan air mata kesyukuran kerana diberi dugaan yang sehebat ini agar aku menyedari agamaku , tuhanku , akhlakku , imanku agar aku tidak tersesat di jalan dunia yang penuh dengan keburukkan. kerana hakikat ini , aku semakin mencintai-Nya , kerana hakikat ini seluruh jiwa ku yang sentiasa dipenuhi dengan anasir - anasir luar. kerana hakikat ini aku menjadi seorang insan yang kuat daripada menjadi seorang insan yang lemah. kerana hakikat ini aku mula menyedari setiap yang berlaku itu adalah ketentuan qada' dan qadar. :) , semua ujian yang aku hadapi ini adalah jalan untuk aku kembali ke jalan-Nya , jalan yang diredhai-Nya. dengarkanlah , bacalah , maka kau akan dapat rasa sesuatu perasaan [kedamaian] yang belum pernah kau rasakan selama ini.

-Past- | -New-