kehilangan..
Tuesday, November 8, 2011 | 2:04 AM | 0 Words
dulu aku ada sorang kawan baek. kiteorang selalu kongsi cerita tak kiralah sedih ke syok ke happy ke , kiteorang selalu bersama suka dan duka. bagi aku dia teramat special. walaupun jantina lain - lain tapi dia faham and share everything together. bila aku nangis , dia selalu ada. bila aku happy pun dia selalu ada tok share happiness tu , begitu jugak dengan aku. we love each other. aku dah anggap dia macam abang kandung aku sebab dia selalu protect aku bila ada budak - budak bengong carik pasai. dialah yang banyak mengajar aku tentang realiti kehidupan sampailah aku jadi kuat macam nie. aku jadi kuat sebab dia. dia berjaya jadikan aku orang yang tabah. sehinggakan segalanya aku tinggal tepi. dialah yang telah buat aku sedar dari dunia fantasi aku yang aku cipta selama nie. aku sangat rindu pada dia. sekarang dia sudah pergi meninggalkan aku , saat itu aku mula rebah jatuh ke bumi. kekuatan aku bagaikan ditarik begitu saja. hilang. aku hilang protector aku buat selamanya. aku dah tak kuat , aku dah tak mampu. tak ada lagi secret keeper aku. aku rindukan gelak tawa die , aku rindu air mata dia yang menitis saat aku kena buli and ada masalah. aku rindu bahu dia yang sentiasa jadi tempat aku luahkan perasaan. dia pernah pesan kat aku , bila dia dah tak ada nanti , dia nak aku jadi terus kuat dan jangan menangis. dia sayangkan aku sangat - sangat. dia harap one day nanti ada orang akan jaga aku macam mana dia jaga aku. sebak dada aku mengenang kembali detik itu. waktu telah berlalu , namun kenangan masih tetap di situ. bertahun lamanya aku cuba memahami ungkapan ayat yang sering menjadi tarikan mata aku sehingga hari ini. akhirnya aku berjaya memahaminya. ' saat aku terlihat dia , perasaanku tak menentu , aku cuma tau aku ingin menjaganya. aku bingung. senyuman dan air matanya yang aku lihat , sentiasa berlegar - legar di ruangan mata dan sangat memeritkan jiwa. kasih sayang aku hanyalah untuk seorang insan yang aku menyayanginya dari jauh. dia sangat istimewa di hadapanku. aku sayangkan dia lebih dari segalanya. mungkin pada dia aku cuma hanyalah seorang abang , tetapi tidak buat aku kerna aku sayangkan dia lebih daripada itu.' *isi sampul surat yang dia bagi sebelum dia meninggalkan aku di sini. ayat terakhir sebelum segalanya terlerai begitu saja yang dia cakap pada aku* ' maafkan aku sekiranya suatu hari nanti kau akan tau yang aku ada sembunyikan sesuatu dari kau. mungkin belum tiba masanya lagi. sorry sebab aku tak jujur.' saat itu aku telah kehilangan seorang insan yang aku sayangi. seorang insan yang sentiasa berada di sisi aku saat aku memerlukannya.
p/s : kalau kau masih ada depan mata aku hari nie , aku nak bagitau kau satu benda , aku perlukan kau , aku sayangkan kau walaupun kita cuma boleh jadi sahabat yang baek. aku tanak kehilangan kau buat selamanya. aku rindu sangat dekat kau , aku perlukan kau sahabat :'/. al - fatihah.
nama : dirahsiakan.