Just A Story



jangan buat khianat , hidup tak tenang !
Saturday, November 5, 2011 | 6:22 PM | 0 Words
kali nie aku nak bukak topik : KHIANAT !
post nie tade kena mengena dengan percintaan okay. (aku tak kesah pasal love2 nie)
nie tentang sikap manusia yang sering tak puas hati tengok kesenangan orang lain. orang - orang macam nie tak layak dijadikan member atau apa - apa saje.

kenapa mereka sering tak puas hati tengok orang lain senang. contohnya mereka berasa dengki apabila melihat anda mempunyai stuff yang lebih canggih or lebih mahal daripada dia atau mungkin anda apa yang dia tak ada. contohnya , personaliti , muka yang cute , ramai member , anda hot ,atau apa jua alasan sekalipun. lagi , dia berasa tak senang hati tengok anda mudah didekati dengan orang lain sedangkan dia ramai yang kurang senang dengan sikap dia. orang macam nie anda patut elakkan diri dari terjebak dengan dia. bahaya. jangan biarkan hidup anda sengsara bebeyh ! ,

antara tanda - tanda orang dengki dengan kita :



1. orang yang jeles ngan korang akan kerap memandang korang. dengan pandangan yang dibuat buat sweet. depan korang matanye bukan men lagi sweet and adorable gitu tapi belakang korang.



2. diorang akan tengok apa jua yang korang buat especially kalau korang pegang benda 'branded'. kononnya pada dia selama ni kita ni low. tak ada duit nak beli apa - apa. *kononnya hadap sangat mintak simpati mak ayah beli*. sampai mata terbeliak tengok macam apa je.

3. diorang akan selalu bandingkan korang dengan diorang. contohnya kalau personaliti korang. diorang akan anggap yang diorang tuh lebih perfect tahap dewa. mana boleh nak sama. *sedar sikit roda tuh tak selamanya berada di atas*


4. diorang akan jadikan kelebihan korang seolah - olah itu kelemahan korang. contohnya , korang ni orang yang mesra alam , ramai orang suka kawan dengan korang. jadi of course la banyak besties and secret admire or boyfie kan. so diorang akan try buat korang sengsara macam rampas kawan baek korang or boyfriend korang.

5. diorang selalu nak sindir korang seolah diorang tu perfect tahap supernova. tak pernah wat salah langsung dan tak ada kelebihan. kononnya nya nak tegur but in the wrong way. Ouh wtf ! * orang macam nie patut campak ke laut , ikan pun ludahh la weyh !*


6. diorang akan cuba rapat - rapat dengan member baik korang tok siasat apa jugak kelebihan or kekurangan yang korang ada. sampailah diorang puas ati. bila dapat point yang diorang nak , diorang akan buruk - burukkan korang depan kawan - kawan korang.


7. untuk lebih khianat korang. diorang akan buat fake profile untuk konon - kononnya try nak seduce korang la. contoh kalau korang perempuan , diorang akan buat profile lelaki and cuba nak jatuhkan reputasi korang yang kononnya korang ni memang jenis suka melayan. *ini memang tahap sial superdewa*. or mungkin jugak hack facebook korang and jadikan korang perempuan murahan dengan im semua lelaki and cakap benda - benda yang tak sepatutnya. kalau bagi facebookerz lelaki pula , diorang akan gunakan im korang tok chatting dengan semua perempuan dalam dunia fb tu then buat reputasi korang jatuh dengan ngorat aweks - aweks serta bercakap benda - benda 18 sg. sure malu kan ?!  *ni memang tak boleh dimaafkan lah gua cakap bradder , sis !*


8. korang boleh nampak muka tak happy diorang tu , bak kata member aku *DERITA*. sebab diorang dah buat salah besar kat korang and diorang sorok kepala macam kura - kura. sebab nak mintak maaf takot. korang pun sure - sure dah berasapkan bila tau sape yang buat toi tak ?. buat muka taek kat korang. sure korang sakit hati right ?! , so sila bagi jelingan maut ! thumbs up :).


apa yang aku cuba nak sampaikan kat sini BEWARE dengan member - member sebegini. musuh dalam selimut. manusia sekarang banyak hipokrit , suka tikam belakang and tak guna. kawan baek pun boleh buat kawan sendiri. nie kan pulak musuh :) , selamadd beramal ^^ !
kepada si pendengki , orang tak nampak apa kau buat , tapi PENCIPTA kau maha MENGETAHUI dan maha MELIHAT apa jua kau buat. jangan SENGSARA kan hidup kau dengan upgrade DOSA ! >.<

-Past- | -New-