Just A Story



sebuah penantian berakhir di sini...
Wednesday, September 28, 2011 | 1:24 AM | 0 Words
akhirnya penantian selama sembilan tahun berhenti di sini , 
ya Allah terima kasih kerana Kau telah mengirimkan seseorang untuk aku melihat wajah seorang lelaki yang terlalu lama aku rindu. terlalu lama. insan yang pertama masuk dalam hati nie , insan pertama buka mata nie. insan pertama mengajar aku erti kasih sayang. ya Allah , sungguh besar rahmat yang kau kurniakan atas penantian yang aku lalui selama nie , cukuplah sekadar melihat wajahnya sudah membuatkan aku rasakan semua rindu yang berlabuh itu sudah dilepaskan sehingga aku berasa puas walaupun sementara. tiada apa lagi yang aku harapkan selain melihat wajahnya. biarlah ingatan itu hilang sekalipun , Kau telah membuat perasaan rindu ini hilang begitu saja. sungguh tenang wajahnya. sehingga saat ini raut wajahnya aku ingat. terima kasih buat bella yang telah memberi aku ruang untuk melepas rindu , maafkan aku jika aku punca kau menjadi cemburu kerana dia. segala perasaan aku menjadi campur baur , segalanya tidak kena. apakah ini ganjaran buat aku kerana bersabar menunggu dan menunggu ?. Alhamdulillah , hanya itu mampu aku ucapkan berkali - kali di dalam hati , biarlah dia lupa siapa aku , biarlah dia hilang ingatan terhadapku , biarkan semuanya berlalu mengikut detik dan waktu. biarlah aku sahaja yang menyayanginya , biarkan saja semua perasaan itu aku tanggung sendiri. puas aku mencari , puas aku jejaki bertahun - tahun , puas aku bertanya di mana - mana , puas aku merindu , tapi aku tau dia sudah pun dimiliki. berkali - kali aku cuba campakkan perasaan ini , namun sekeping hati ini masih jua menjadi milik insan yang aku sayang. akhirnya dengan keredhaan dan pertolonganNya , aku berjaya.. berjaya menemuinya.. walaupun hanya sekeping gambar sudah memadai bagiku.  "maknanya awak syg lgy la kat dia". kata - kata itu menerjah masuk ke dalam hati aku. ''hmm , entahlah , yg yurm tau yurm tak boleh lupakan dia sedangkan dah banyak kali yurm try buang prasaan tu , tapi tak mampu ,'' . pertanyaan itu dijawab dengan hati yang sungguh lapang. '' betul la tu yurm syg lgy kat dia ^^ sabarlah , kalau dah jodoh takkan kemana . macam kite dgn ex kite skrg ni, mskipunt dh break n tiap2 hri gduh n byk yg nk rmpas dia dr kite , dia ttp dgn kite mskipunt dia dh bebas . mybe itu dh mmg jodoh kteowg n kite terima seadanya . sabar kay ? doa2kn la biar ad jodoh ". kata - kata itu telah menjadi semangat buat aku namun aku tidak berdaya. '' insyaallah bella :'D , biarlah semuanya terletak di tangan takdir , yurm hanya mampu doakan kebahagiaan die , itu pun dah cukup untk yurm. kalau dia bahagia , alhamdulillah'' . jawabku lagi. biarkanlah air mata kepuasan ini menitis sehingga berhenti dengan sendirinya. tiada daya mampu aku tolak lagi. saat ini , aku hanya inginkan waktu itu berhenti , agar aku dapat mengimbau kenangan sewaktu kecil. ya Allah , terima kasih atas segalanya , terima kasih atas rahmatMu , terima kasih walaupun itu hanya untuk sementara ~. sesungguhnya Engkau telah kabulkan doa aku setiap hari , setiap detik setiap saat agar aku berpeluang menatap wajah orang yang aku sayang :). tiada apa lagi yang aku harapkan. aku akan pahatkan kisah kita dalam hati aku buat selama - lamanya , biarlah menjadi episod masa lalu kita. biarkan segalanya berlalu bersama air mata bahagia :) , aku doakan semoga kau bahagia bersama gadis pilihan kau :) , kalau kau bahagia , aku juga turut merasakannya :'D , ya , aku mengaku , aku masih sayangkan dia sampai sekarang dan tak mungkin aku mengubahnya kerana aku tidak mampu untuk menolak perasaan itu. sembilan tahun aku menanti , dengan takdir tuhan.. penantian itu berakhir. 


dedicated to : orang yang sentiasa berada dalam hati aku now and forever :')
goodbye awak , mungkin ini adalah titik berakhirnya sebuah kisah
antara kita berdua.



-Past- | -New-