kekasih sunyi dalam sepi :'(
Monday, September 19, 2011 | 1:12 AM | 0 Words
dulu aku pernah mempunyai perasaan bila berbicara tentang kasih , sayang , rindu , cinta , suka. tapi semua itu telah diragut dengan cinta kisah silam , mengapa sukar untuk aku lupakan semua ini ? mengapa rasa ini terus berlagu membuat irama dalam diri aku , setiap kali aku melihat blog orang lain , sudah pasti diorang dapat mengucapkan kata - kata "aku still sayangkan kau" * tiada niat untuk memerli mana - mana pihak* terhadap insan yang dikasihi.. namun aku ? masih jauh perjalanan hidup aku , mengapa insan lain diberi peluang untuk terus mencintai , mengasihi orang yang diorang sayang walaupun dah lama tak jumpa sekalipun seribu tahun menunggu , aku cuma harapkan aku diberi peluang walaupun seketika untuk bertemu kekasih yang sunyi dalam sepi :') mungkin aku hanya mampu panjatkan angan - angan kosong , tapi aku harap angan - angan serta mimpi ini menjadi realiti , adehh , siapa lagi mampu membuat ati aku beralih kasih pada insan selain insan bernama faiz ? , mungkin hati ini takkan terbuka untuk mana - mana lelaki lagi dah , cukuplah aku menerima insan lain , tapi hati tidak merelai , kerana secebis hati ini hanya untuk insan yang entah akan hadir dalam diriku buat kali kedua atau tidak ~ wahai kekasih pujaan dalam sunyi , aku sentiasa teringatkan kau , setiap waktu , setiap saat , mengapa kau sukar luput dari ingatan ? mengapa kau sentiasa bermain dalam fikiran , semakin aku berlari , semakin hampir perasaan itu hadir. semakin aku ingin lupakan , semakin lemas aku dalam perasaan. ya Allah , setiap hari aku berdoa agar hari esok aku takkan teringat pada kau lagi , tapi semuanya sia - sia. aku pasti akan teringat sewaktu kita berutus surat , tersenyum. aku tau kau mesti tengah bahagia bersama kekasih hati kau kan :') apa lagi mampu aku katakan ~ biar detik dan waktu menentukan segalanya , andai itu takdir kau dan aku , pasti kita akan bertemu suatu ketika nanti :)
tolonglah kembali hadir dalam diri aku walau untuk seminit :"(