Just A Story



hanya bulan menemani
Saturday, September 24, 2011 | 11:23 PM | 0 Words
yo peeps ,
aku selalu stalk wall dia , aku pun tak tau kenapa , selama nie aku tak pernah nak amek tau pun pasal orang - orang sebelum nie. sepatutnya usia aku nie belum cukup untuk soalan seperti ini. tapi biarlah menjadi panduan kepada orang lain agar mereka dapat melihat kepura - puraan yang berselindung di sebalik wajah yang naif.
aku bukanlah seorang yang bijak berkata - kata , namun semuanya telah aku kaji dan aku lalui sendiri bukan sahaja diriku , namun sahabat - sahabatku.
malam nie aku bukak facebook sebab aku nak tengok wall aku , saje je , lately nie aku suka wall to wall ,
then aku tengok ada seorang sahabat yang sangat mengerti perasaan aku dia telah memberi seribu kata - kata yang lebih kepada jawapan yang aku cari selama nie , thanks kawan , kata - kata kau sangat bermakna. aku memang dah berjanji takkan berpatah balik walau seribu keinginan datang sekalipun. sebenarnya aku tahu apa yang dia cuba lakukan , dia ingin kembali semula dalam diri aku , namun aku takkan benarkan walau apa pun halangannya. biarkan dia lakukan apa yang dia terdaya , biarkan dia rasa bagaimana sakitnya hati ini. cukuplah terluka kali kedua , aku takkan biarkan diri aku terluka buat ketiga kalinya. kau tak perlu risau sahabat , aku dah buat perjanjian dengan diri aku , aku takkan tukar pendirian aku lagi. aku takkan termakan lagi dengan janji - janji serta kata - kata yang kononnya manis tapi kosong. jangan pernah berjanji jika tidak dapat tepati , jangan pernah berjanji kalau hati kau bukan untuknya lagi. jangan perbodohkan orang lain kerana kebodohan kau. jangan mengukir seribu harapan kalau kau tidak pasti dan jangan membina mahligai angan - angan jika kau tahu ini akan memakan diri. aku tidak akan sesekali mewujudkan perasaan ini dalam diri aku lagi. cukuplah aku memperbodohkan diri aku selama nie. sekarang aku dah bukak mata aku luas - luas. aku dah sedar segala kesilapan aku yang hanya bertepuk sebelah tangan malah aku butakan mata aku nie menerima kekurangan dia , menagih kasih pada yang tak sudi. aku cuba mencari sinar cahaya untuk mengisi segala ruang kosong yang aku tinggalkan dalam hati aku. sekarang aku mula sedar , sekuat mana pun cahaya itu menerangi kegelapan namun tiada satu ruang pun dapat ditembusi. beribu sesalan hadir saat pertama kali aku mengenali dirinya , berjuta harapan aku terbitkan dalam diri aku , namun semuanya bertukar menjadi angan - angan kosong. aku ciptakan sebuah mimpi yang pada hakikatnya aku takkan dapat memperolehinya. sehinggakan air mata ini seperti sungai yang telah kekeringan air , hanya tinggal pasir yang mengasari kaki. begitu jugalah kasarnya lukanya pada hati ini. seberapa banyak kekurangannya pun , aku masih mampu menerima dirinya. baru ku sedar , kejujuran dan keikhlasan lebih mengatasi segalanya. tiada guna jika baik luarannya tapi jahat dalamannya. semuanya nampak indah pada kata - kata , tapi sebenarnya adalah dusta semata - mata. kini , hanya bulan menemani siang dan malamku. segalanya sunyi dan sepi. kali ini aku serahkan segalanya pada yang maha esa. biar DIA menentukan segalanya. 



p/s : thanks to amieza azmi kerana sedarkan aku.

-Past- | -New-