Just A Story



cinta yang tak pasti ~
Friday, September 30, 2011 | 12:42 AM | 0 Words
kenapa aku berubah sikap jadi orang yang kasar ? sebab aku penat dikecewakan tapi dalam setiap kekecewaan tu tade satu pun hati aku betul - betul pada satu 'relationship' tuh , yes , aku memang kejam coz aku tak pernah hargai setiap hubungan tu , hati aku bukan pada sesiapa. sebab aku terlalu berharap pada kisah silam. aku lupa tak semua kisah tuh berakhir dengan kegembiraan , tapi tak semua juga berakhir dengan kesedihan. kita yang akan mencorak penghujung cerita tu. lembaran cerita dibuka satu per satu , namun kisahnya berlainan. lately nie aku jiwang , aku sendiri tak tau mengapa , mungkin aku sudah tersalah langkah mengenai perasaan sayang aku pada dia. semakin hari , semakin rindu tuh kembali hadir , namun , takdir aku mungkin bukan untuknya. selama mana ku mahu berlari namun masih dikejar oleh kenangan - kenangan indah masa lalu. semakin aku cuba melupakan dia , semakin hampir aku rasakan. aku fikir dengan cara menyibukkan diri dengan sesuatu dapat hilangkan perasaan yang tercipta ini. namun , fikiran ku itu salah ! apa lagi yang aku harapkan ? penantian ku ini telah pun berakhir , bukankah itu yang aku mahu untuk diriku ?.. perlukah aku mengharap sesuatu yang lebih , yang aku sendiri tau , aku tidak mungkin dapat mengecapinya. aku harap satu hari nanti dia tahu yang aku sayangkan dia sampai bila - bila walaupun kami tidak ada apa - apa. ya Allah , kenapalah aku susah nak lupakan dia ? padahal ini semua kisah lama since 9 taun dulu. tolonglah buang perasaan ini jauh - jauh ya Allah. aku tidak mahu berharap lagi pada cinta yang tak pasti. aku nak berhenti mendera perasaan aku sendiri. tapi mampukah aku ? aku tak ingin menjadi penghalang kepada orang sekeliling yang menyayangi dirinya. aku tau ada yang akan terluka sekiranya aku mula memunculkan diri. tak semudah itu yang aku rasa dan aku tanggung. biarlah aku menjadi pengintai dari jauh. mungkin sudah memadai ~



the skies are crying just like my heart
the painful that left inside can't be
thrown out ~

-Past- | -New-