luhurnya cinta hujan kepada awan
Saturday, October 1, 2011 | 2:17 PM | 0 Words
matahari berasa sedih apabila awan mula berarak menghampirinya. kesedihan matahari mula dilihat oleh awan. awan bertanya kepada matahari , mengapa dia bersedih. matahari memandang awan dengan renungan sayu lalu merenung semula ke bumi.
matahari : awan , aku sedih sebab aku tak dapat nak memberi cahaya kepada bumi kerana kehadiranmu adalah untuk menurunkan hujan.
awan : mengapa kau berkata begitu ? aku bukanlah seperti kau yang harus berada sepanjang masa. aku cuma membawa hujan untuk dicurahkan kepada bumi agar tanah - tanah menjadi subur. semua ini adalah rahmat Allah matahari , kau tidak boleh mementingkan diri sendiri.
matahari : boleh aku bertanya sesuatu kepada hujan ?
hujan : apa dia ?
matahari : kenapa kau mesti selalu berada bersama awan ? tidakkah kau sedih di saat awan membuang kau jatuh ke bumi ?
hujan : di mana ada awan yang sedang bersedih (mendung) , di situlah aku akan berada. kerana aku diciptakan untuk membuang segala kesedihan awan. kalau awan gembira , aku tidak ada bersama untuk berkongsi kegembiraannya. jadi , inilah masanya aku ingin lebih mendekati awan kerana aku mencintai awan.
matahari : alangkah bahagianya jika aku mempunyai pendamping seperti kau awan. hujan sudi bersama kau walaupun hanya seketika.
awan : tidakkah kau sedar bahawa aku sentiasa menemani mu sepanjang hari sebelum sang purnama muncul pada waktu malamnya ?
matahari mula berasa terharu dengan kata - kata awan.
matahari : terima kasih awan , barulah aku sedar masih ada yang sudi berkongsi rasa dengan aku. selama ini aku cuma menyangka bahawa aku keseorangan di atas langit ini. walaupun aku melihat orbit - orbit lain berputar , namun aku tidak dapat berkongsi kasih sayang bersama mereka. aku melihat keseronokkan mereka berputar pada paksi masing - masing di hadapan mata aku. aku bersyukur kerana aku masih mempunyai sahabat sepertimu awan.
sudah tiba masanya untuk matahari beredar meninggalkan bumi untuk seketika demi memberi ruang kepada awan dan hujan. matahari pun meninggalkan awan bersama kekasihnya hujan untuk bersama dengan bumi.
hujan : selamat tinggal kekasihku awan , aku ingin kau buang segala kesedihan kau dengan pemergian aku , aku harap kau tak lupakan aku. aku tidak mahu kau bersedih lagi wahai kekasih pujaan. aku ingin melihat kecantikkan mu yang diciptakan berwarna biru laut , bukannya berwarna hitam. buanglah segala kedukaan mu. biarkan manusia - manusia juga merasa bahawa kau sedang bersedih dan menyambut aku di muka bumi. jika ada jodoh , pasti kita bertemu lagi. buangkan segala isi perutmu agar terlerai segala beban yang kau pikul sayang. selamat tinggal kasih..
air mata awan mula menitis sedikit demi sedikit (hujan rintik - rintik).
awan : baiklah cintaku hujan , aku akan menunggumu untuk bersama dengan ku semula. biarlah hari memisahkan kita , biarlah jarak menjauhkan kita , biarlah masa mencemburui kita. namun , aku ingin kau tahu bahawa kau akan sentiasa berada di hatiku tidak kira masa. wahai cintaku hujan. aku akan merinduimu pujaan hati.
maka , hujan tersenyum dan meninggalkan awan disaksikan oleh bumi akan janji mereka. bercurahanlah air mata awan ke bumi.
awan merindui hujannya