Just A Story



terlalu banyak dugaan menimpa ~
Friday, August 12, 2011 | 10:30 PM | 0 Words
banyak gila dugaan yang aku hadapi since puasa nie. lepas satu - satu masalah dah settle tapi sekarang muncul masalah baru. aku cuma mampu redha dengan ketentuan Allah terhadap aku dan keluarga aku , semoga dengan segala masalah ini aku akan menjadi lebih matang supaya aku dapat membantu ibu bapa aku. aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa agar segalanya dipermudahkan untuk aku dan keluarga aku. terlalu banyak masalah yang menimpa aku. sampai aku pun kadang - kadang menjadi lemah. balik sekolah tadi , aku dikejutkan dengan keadaan mak aku yang seperti nak nangis. rupanya selepas dia hantar aku pergi sekolah , dia nak pergi buat medical check up , pehtu accident. aku terkejut la sebab aku tengok keadaan mak aku time tu. nasib baik dia tak ada pape. dia suruh aku tengok pintu kete and tuhan jela yang tau bertapa luruhnya hati aku tengok semua tuh , dah la dengan keadaan ayah aku yang terlantar kat hospital tu. then , petang tadi kiteorang pergi hospital , aku nampak kerisauan pada wajah ayah aku and aku nampak bertapa pasrahnya dia. dia bagitahu kiteorang yang doktor suruh potong kaki dia , sebab kalau just sedut nanah , satu hari nanti kaki tu akan jadi balik or kemungkinan besar akan lebih teruk and bila dipotong akan dipotong sampai ke betis. sebab keadaan nanah dalam kaki ayah aku sudah sampai ke tulang. memang lagi meruntun la jiwa aku bila ayah aku cakap macam tu. sumpahh buntu ! aku pun sampai tak rehat-rehat. nak nangis pun air mata dah tak ada. entah la. then , kes aritu pun masih tak dapat aku lupakan , ari isnin kena marah dengan 3 orang cikgu , ari rabu + khamis kena marah waktu fizik ! ohh dunia2 !  pehtu kes budakk tu sampai aku pun tak boleh nak lari dah. tadi aku bukak wall dia aku nampak status dia "sedih la" tak tau la plak sedih pasal apa. aku pun malas nak amek tau. aku dah tade perasaan sebab kelukaan yang ditinggalkan. nasib baik ada kawan - kawan yang banyak memberi sokongan serta menyuruh aku supaya tabah. aku harap dengan dugaan ini aku mampu untuk mendapat kebahagiaan kelak. aku dengan mak aku masing - masing keletihan , tak cukup rehat. aku yakin bila tiba masanya , Allah akan beri sesuatu untuk aku dan keluarga aku. sebab macam kawan aku cakap , "Allah tidak pernah kejam , Allah maha penyayang..setiap yang diutuskan pasti ada hikmah tersendiri.." aku yakin dengan semua suratan QADA' dan QADAR yang diberikan untuk kami. semoga aku mampu hadapi semua ini dengan kekuatan yang diberikan oleh Allah walau aku rebah jatuh ke bumi sekalipun , aku akan perjuangkan selagi aku mampu. semoga hikmah yang akan kami dapat adalah setimpal dengan dugaan yang kami tempuhi. aku tau aku tabah menghadapinya , kerana Allah hanya akan memberi dugaan kepada seseorang untuk menguji ketaatannya kepada Allah , sejauh mana dia mengharapkan pertolongan Allah.

-Past- | -New-