Just A Story



tanya sama hati..
Monday, August 8, 2011 | 9:20 PM | 0 Words
aku merenung ke luar jendela , aku melihat awan mendung hitam sedang mengandungkan air yang pada bila-bila masa sahaja akan mengeluarkan segala isinya.  Suasana di luar amat gelap. Sesekali kelihatan pancaran kilat beserta guruh. terdetik di dalam hati ini bahawa adakah aku akan menjadi seperti awan hitam itu , segala keperitan yang aku lalui akan keluar semuanya tanpa tertinggal setitik pun pada bila-bila masa sahaja yang aku inginkan ? hingga tiada lagi kesakitan yang aku rasakan , sehingga tiada lagi air mata untuk aku titiskan ! hujan mula turun dengan lebat pada awalnya. tidak beberapa lama kemudian , hujan mula turun renyai-renyai , tanpa mengalihkan pandangan , aku terus melihat titisan hujan yang bagaikan memahami perasaan aku ketika itu. sinar matahari mula memancarkan cahayanya apabila hujan mula berhenti. bolehkah aku menjadi sinar matahari yang sentiasa memberi cahaya kepada orang lain , yang menjadi keperluan seharian ? mata ini sudah lelah untuk menangis lagi , jiwa ini sudah kosong untuk segalanya. hanya keimanan yang masih menegakkan diri aku ini. tanpaNya , sudah pasti aku tidak kuat untuk menempuhi hari-hari yang mendatang. setelah sekian lama aku memendam rasa ini seorang diri  akhirnya aku tewas juga ketika dahi ini bersujud pada Ilahi. tak dapat lagi ku tahankan segala apa yang aku rasa. disakiti , dimarahi , dihina , semuanya telah ku lalui dengan sebentuk hati yang tidak siapa akan nampak bertapa ''cantik'' nya hati aku selama ini. bertahun - tahun aku mengucapkan kalimah "sabar" , namun apakah kalimah itu akan terus berada di bibir aku ? ! aku sendiri tidak pasti. segalanya berlaku sekelip mata. aku kehilangan orang yang amat aku kasihi , aku kehilangan sifat penyayang dalam diri aku namun aku tidak menzalimi sesiapa. salahkah diri ku ini sekiranya aku tidak mampu lagi memendam rasa dan terus menanti sinar kebahagiaan ?

-Past- | -New-