semoga bahagia sang kekasih ,
Tuesday, August 9, 2011 | 1:26 PM | 0 Words
setiap kali berlaku sesuatu , aku pasti dapat rasa semuanya. hari ini aku lalu di wall si dia , aku nampak status went from being ''engaged'' to ''single''. tetiba pulak menitik air mata aku sedangkan hari ni aku rasa bahagia sebab aku da lulus jpj , now aku jadi sedih sebab dia da buang aku dari hidup dia. dulu , aku tengok status relationship dia from ''engaged with yurm azhani" to ''engaged''. aku still bagi dia peluang , mungkin dia nak hide dari sesiapa kot. then , hari nie hati aku cukup terluka sebab status relationship baru dia. mungkin salah aku sebab tak jaga ati dia , mungkin salah aku sebab tak layak untuk diri dia. tak pernah lagi air mata aku menitik untuk insan yang bernama kekasih. kau dah mengajar aku erti kasih sayang , kau telah mengajar aku erti rindu , kau yang mengajar aku erti menghargai , kau ajar aku erti seksanya menanti panggilan telefon , mesej , kau dah tunjukkan segala kekurangan aku , kau insan pertama yang aku cerita pada mak aku ! kau orang pertama yang berjaya bukak pintu ati aku untuk lelaki. tapi nampaknya , kau dah buat keputusan kau sendiri. aku tak ada hak untuk menghalang kau. aku dah lama perhatikan sikap kau , sejak aku jujur kau mula berubah sikap. tapi aku tak pernah salahkan kau , sebab kau berhak dapat yang terbaik untuk diri kau. terima kasih atas pertemuan alam maya kita yang pertama , 20.12.2010 , aku masih ingat segala detik perkenalan kita. kau gunakan facebook orang lain untuk ayat aku tapi aku cakap ' saya tak suka la orang yg mintak kapel awal-awal nie , bukan kenal pun ' waktu tuh aku baru dapat tau dari kawan kau yang kau sukakan aku. waktu tu aku macam tak percaya. aku terima orang yg dalam fake account kau tu. tak lama lepas tu baru aku tau itu sebenarnya kau. kau mintak kapel dengan aku pada hari jadi mak aku 31.1.2011 tepat pukul 9.30 malam. mula-mula memang susah untuk aku terima kau sebab aku suka pada orang account fake tu. tapi setelah kenal diri kau , aku mula sayang kau. setelah sekian lama aku tutup pintu ati aku untuk sesape pun. kau mengajar aku untuk jadi setia , aku tolak segala permintaan orang demi kau. sebab aku sayang gila kat kau. sejak daripada tu kita selalu chat n aku dapat rasakan kau adalah orang yang terbaik untuk diri aku sebab aku tak pernah pandang pada rupa paras mahu pun harta. 12.6.2011 , aku mintak clash sebab aku takut ko tak boleh terima diri aku tapi aku jadikan alasan bahawa aku nak kita focus study. waktu tuh memang aku rasa bersalah gila. tapi siapa je boleh terima diri aku yang tak comel nie. tapi kau cakap kat aku 'saya masih akan sayangkan awak. bagi saya kasih sayang sudah mencukupi untuk segalanya , rupa paras tak penting' pada 2.7.2011. aku mintak kapel balek dengan kau. sebab aku nampak keikhlasan kau sayang. saat itu , aku rasa bersyukur diperkenalkan dengan orang macam kau. dah dua kali aku tunggu kau tegur aku dulu , tapi tak ada. lepas aku offline pun kau still online , bila aku online , kau masih ada tapi kau tak tegur aku pun. aku tak kesah dengan semua tu , aku tau kau busy dengan hidup kau. aku pun tak tau kenapa aku mengharapkan kau tegur aku waktu tu. aku cuba tabahkan hati aku dengan mengatakan kau ada kerja kena buat kot. hari sebelum tu , aku tegur kau , tapi kau kata kau dah nak out , jadi kita matikan kata-kata di situ. saya boleh nampak dan rasa perubahan awak melalui hati saya sebab bila kita sayangkan seseorang itu , apa yang dia rasa , kita pun boleh rasa. sungguh saya tak percaya apa yang saya tengok hari ni , wall awak :'(... hurmm.. mungkin itu takdirnya , semoga awak bahagia bersama orang baru yang lebih bermakna , layak , sempurna untuk awak. saya hanya mampu memerhatikan awak dari jauh !. semoga bahagia , kawan ! itu doa yang terbaek yang boleh aku bagi pada kau walaupun sakitnya amat payah untuk sembuh dalam waktu ini. aku dah cakap pada diri aku , biarlah kau jadi orang yang terakhir dalam hidup aku. sekali lagi pintu hati aku tertutup untuk semuanya ! terima kasih atas kasih sayang , cinta , rindu , pengertian yang kau berikan pada aku. susah untuk lupakan seseorang yang macam kau yang tak pernah menimbulkan sebarang kata-kata yang boleh buat aku jadi marah. aku sayang kau KAWAN :'( .. terima kasih kerana buat aku menangis hari ini ! kadang-kadang aku rasa bodoh sangat sebab aku memperbodohkan diri aku tunggu mesej kau , tunggu kau online apa semua ! thanks la kawan ! sumpah aku rasa aku lah insan yang paling bodoh kat dunia nie ! arghhh ! aku nie bodoh sebab hegeh-hegeh kat kau ! tiada lagi kata-kata yang aku mampu ucapkan. aku redha dengan ketentuan ini , mungkin .. kau bukan untukku , dan aku bukan untukmu. aku pernah kata pada seorang sahabat aku , seandainya sesuatu terjadi pada hubungan ini , aku redha walaupun bukan mudah untuk hadapinya. aku tak pernah kesal dapat kenal dengan si dia. sumpah alasan yang kau bagi aku tuh aku rasa macam tak masuk akal ! hahaha ! aku yakin aku boleh hidup tanpa kau ! aku hope pasnie jangan cari aku dah ~ ! sekali aku terluka , aku takkan patah balik lagi ! maaf ! kau beri alasan kau selalu diejek oleh kawan2 kau kerana perhubungan ini. jadi kau buat keputusan kau sendiri tanpa bagitau aku. kau kata kau tension sebab selalu diejek. kau salahkan aku kononnya aku la punca kau dikutuk. salah aku ke ? hina sangat ke diri aku nie ? aku takkan lupa kata2 kau.. "hi,,saye mmg nk bagitau awk pasei 2....key,,saye jujur je lh,saye mmg nk single krane saye kat skolah saye slalu kene kutok ngan member...mreke kutok saye bkan awk....sye lme2 tension....peh2,,saye berfikir panjang dan truss buat single ...sori tau....sesangat,,tapi saye simpan hadiah awk 2 lagi.."pen- off (jiwa kacau) ... :')