"miskin seseorang bukan pada hartanya , tetapi pada agamanya"
Sunday, August 7, 2011 | 1:47 PM | 0 Words
semalam , ketika berbuka..
aku pasang radio ikim. tiba-tiba aku tertarik dengan alunan merdu bacaan Al- Quran..
selama nie aku kurang mengambil berat tentang semua itu kerana khayalan dunia yang melalaikan. semalam , aku telah mula sedar bertapa indah dan sucinya ayat-ayat Al-Quran yang dialunkan. terasa damai jiwa ini. terasa diri ini terasa hinanya kerana kurangnya ilmu agama dalam dada nie. ya Allah , baru ku sedar bertapa indahnya hadiah yang telah kau kurniakan kepada hamba-hambamu. walaupun aku melakukan segala perintahmu tetapi terasa diri ini masih kerdil kerana aku terlalu ikutkan hidupku. aku tidak mahu terus lalai dengan keduniaan. tadi aku baca blog seseorang nie ! dia telah menyedarkan aku dengan kata-katanya. aku berasa sayu apabila aku terlihat dari hatiku bertapa kuatnya imannya. aku rasa aku lebih lemah daripadanya. wahai sahabat , terima kasih kerana kau telah membuka mataku untuk melakukan suatu perubahan. aku harapkan doa daripada sahabat-sahabat untuk beri semangat pada aku. ya Allah , berikanlah petunjuk kepada semua hamba-hambamu agar mereka sentiasa terus berada di jalan yang diredhaimu ya Allah. terasa sebak di hati ini kerana terasa imanku tidak cukup didada. miskinnya aku. aku pernah mendengar perkataan ini "miskinnya seseorang itu bukan pada hartanya , tetapi miskin pada agamanya " , kata-kata ini telah bermain di fikiran aku seketika tadi.. ya allah , daiffnya aku ! :'( .. jiwa kosong tanpa agama , jiwa longlai tanpa pegangan. semoga aku tidak berada di dalam golongan-golongan begitu.. semoga pada bulan yang mulia ini , segala keberkatan akan ku dapat dan segala amal ibadah aku menjadi lebih sempurna..
jika aku memilih cintanya aku harus mengawalnya , jika aku memilih cintaNya , aku harus lupakan cinta dunia. Aku harus memilih cinta yang takkan mengewakan serta kekal abadi selamanya ~
jika aku memilih cintanya aku harus mengawalnya , jika aku memilih cintaNya , aku harus lupakan cinta dunia. Aku harus memilih cinta yang takkan mengewakan serta kekal abadi selamanya ~
tiada cinta yang sehakiki cintaNya , tiada rindu yang seindahNya , tiada kasih yang sesuci kasihNya , tiada hidup tanpa kewujudanNya..