goodbye RAMADHAN , welcome AIDILFITRI :')
Monday, August 29, 2011 | 8:16 PM | 0 Words
hey yo ! assalamualaikum... bro , sis , readers , followers , dude !
wuhuuu ~
di malam yang tak berapa nak sepi nie , aku nak menyatakan rasa hati yang sedikit sebanyak agak sedih !
sebab...
kekasih hati , cinta , pujaan aku sekali lagi meninggalkan aku :').
dah la nak jumpa pun susah derr !
dalam setahun tu , sebulan je aku dapat jumpa dia. beramah mesra. mendekatkan diri dengan dia serta dia mendidik aku supaya kuatkan iman aku dan bertakwa pada yang esa :')
setianya cinta dia pada aku walaupun hanya sekejap kami bertemu..
wahai kekanda yang amat aku kasihi ,
RAMADHAN AL - MUBARAK..
terima kasih kerana sudi bertemu dengan aku sekali lagi , terima kasih kerana menyemai cintaku terhadap islam :). terima kasih sudi hadir dalam hidupku selama sebulan setiap tahun.
kini , kau telah meninggalkan aku dengan begitu cepat. sukar untuk ku menyatakan perasaan sedih aku :')
tapi tidak mengapa , kau telah berikan peluang untuk aku bertemu dengan sahabat sejati mu AIDILFITRI disertakan dengan keredhaan ALLAH dan ketentuanNya.
wahai teman ,
AIDILFITRI terima kasih kerana menyampaikan pesan RAMADHAN agar kami tidak melupainya dan akan menunggunya.
wahai AIDILFITRI yang aku kasihi ,
sesungguhnya umat islam sedang bersorak menunggu ketibaanmu bersama hati yang gembira dan air mata berlinangan kerana sudah tiba masanya untuk kami merdeka :D
wahai RAMADHAN ,
aku akan sentiasa mengingati namamu wahai sahabat , teman , cinta , kekasih :) aku tahu , kau tidak akan melupakan kami semua. aku berharap aku dan seluruh umat islam akan dipertemukan lagi dengan kau wahai kekasih :)
sungguh pahit untuk dikatakan.... namun , harusku kotakan jua ,
SELAMAT TINGGAL RAMADHAN , AISHITERU :'O , WELCOME AIDILFITRI :)
kami pasti akan menanti kehadiranmu sekali lagi dengan ketentuanNya :)