awan mendung menanti sinar
Wednesday, July 27, 2011 | 2:16 PM | 0 Words
''Assalamualaikum. Saya Zul, nama saudari pula ?''
"Saya Zura." Aku memperkenalkan diri.
Kami bersalaman buat kali pertama. Begitulah detik perkenalanku dengan Zul. Daripada pandangan kasarku , aku mendapati Zul anak orang kaya. Hal ini dapat kulihat melalui perwatakan dan caranya berpakaian. Zul merupakan seorang lelaki yang berkulit cerah , tinggi dan mempunyai lesung pipit di kedua-dua belah pipinya apabila dia tersenyum. Ini menarik perhatian aku untuk sentiasa melihat dia senyum.
Persahabatan kami bermula apabila kami masuk ke sekolah berasrama penuh di Sekolah Menengah Sains Kepala Batas. Kebetulan kami ditempatkan di dalam kelas dan rumah sukan yang sama. Aku seperti tidak menyangka bahawa kami akan sentiasa berjumpa. Dia tersenyum apabila dia mendapat tahu kami akan selalu bersama. Semakin hari , semakin rapat hubungan persahabatan kami sedangkan kami berbeza bagai langit dengan bumi. Dia daripada golongan yang berada sedangkan cara hidupku bersederhana sahaja. Tapi , dia seakan-akan tidak kisah dengan semua itu. Apabila aku tidak memahami sesuatu soalan , pasti aku akan bertanya kepada dia , begitu juga sebaliknya. Hampir setiap petang kami pergi ke latihan rumah sukan walaupun kami tidak pergi bersama. Di mana ada dia , di situlah aku berada. Daripada tepi padang tempat aku duduk , aku dapat melihat setiap pergerakkan dia. Dia sering memerhatikan aku di dalam kelas , aku hanya buat seolah-olah aku tidak memandangnya kerana masih punya perasaan malu dalam diriku ini. Semakin lama bersahabat dengan Zul , aku merasakan jantungku berdegup kencang lebih-lebih lagi apabila dia berada hampir dengan diriku. Terasa kehangatan badannya akibat terlalu rapat denganku apabila dia berdiri di sebelahku.
Pada suatu hari , Zul mengajakku berbual di padang. Katanya ada hal penting yang ingin diberitahu kepada aku. Hatiku menjadi tidak keruan. Tanpa melengah-lengahkan masa kerana pada petang itu aku harus mengulangkaji untuk peperiksaan yang bakal menjelang , aku berjalan dengan pantas. Dari jauh aku dapat melihat Zul sudah berada di padang. Aku menuju ke arahnya dan menyapa Zul. Dia menarik tanganku dengan kasar menyebabkan aku hampir tersungkur. Rupa-rupanya dia mahu mengajak aku duduk di kerusi yang berada di bawah sepohon pokok. Kelihatan muka Zul amat serius. Aku mula risau tetapi aku tidak menunjukkan sebarang reaksi yang boleh membuatkan dia perasan akan kerisauanku itu.
'' Err , Zura. Zul ada sesuatu nak cakap ni. Zul...Zul....Sebenarnya..".Dengan tergagap-gagap dia cuba untuk menyampaikan sesuatu.
"Zul , cakaplah. Jangan buat Zura takut..Apa sebenarnya yang Zul nak cakap dengan Zura ni ?", Kataku kepada Zul.
" Sebenarnya , dah lama Zul nak bagitahu satu perkara pada Zura. Tapi Zul takut. Zul takut bila Zul cakap Zul akan kehilangan Zura. Dah lama Zul pendamkan perasaan Zul terhadap Zura. Hari ni Zul nak Zura tau bahawa Zul sayangkan Zura. Zul tahu mesti Zura tak selesa dengan apa yang Zul cakapkan ni kan ?. Zul harap Zura dapat terima Zul. Zul dah lama sukakan Zura sejak pertama kali kita berjumpa." Zul meluahkan isi hatinya.
" Erm.. Zura pun tak tahu nak cakap apa tapi yang pasti Zura pun sukakan Zul. Tapi , kita berbeza Zul, Zul anak orang berada sedangkan Zura ?. Bolehkah Zul menerima segala kekurangan diri Zura ? ", Kata aku kepada Zul. Namun belum sempat aku meneruskan kata-kata , Zul memintas apa yang aku ingin katakan.
" Zul tak kisah dengan semua tu Zura. Zul nak Zura tahu yang Zul tak pernah memandang pada harta. Kalau Zul memandang hanya pada harta sudah pasti kita tidak mungkin akan menjadi sahabat Zura. Kasih sayang Zul terhadap Zura adalah perkara yang terindah buat Zul. Zul ikhlas berkawan dengan Zura.Terimalah Zul ya.", pujuk Zul.
" Terima kasih Zul kerana menerima saya seadanya. Saya amat menghargainya. Saya rasa tidak mungkin saya akan bertemu dengan lelaki sebaik awak Zul. Saya terima awak , Zul.", kataku tanpa sedar air mataku menitis membasahi pipi.
Aku mengerling ke arah jam tanganku. Hari sudah menunjukkan pukul 4 petang. Aku memberitahu Zul bahawa aku hendak balik ke bilik. Kami jalan bersama-sama. Setelah sampai di jejantas , aku mengucapkan terima kasih dan melambai ke arah Zul. Zul tersenyum padaku. Aku membalas senyumannya.
Hari-hari yang kami lewati semakin indah. Apabila pulang ke rumah , Zul pasti akan mengajakku keluar ke taman kesukaannya. Dari situ aku mula mengenali dirinya yang sebenar. Dia seorang lelaki yang sangat memahami , serta penyayang. Aku mula belajar tentang segala kegemarannya dan tentang dirinya. Dia memberitahu kepadaku bahawa dia ingin pergi ke tandas. Aku pun menunggu dia di kerusi panjang di taman tersebut. Tiba-tiba sekuntum bunga ros dihulurkan kepadaku. Rupa-rupanya Zul yang memegang bunga ros itu. Aku menerimanya dengan menghadiahkan sebuah senyuman kepada Zul. Zul membalas senyumanku. Sebelum pulang , kami sempat mengambil beberapa keping gambar untuk dijadikan sebagai kenangan. Kebahagiaan kami bukan terhenti di situ sahaja. Pada setiap malam kami pasti akan duduk di hadapan rumahku untuk melihat bintang sehinggakan ibu bapaku juga turut mengenalinya sehinggakan Zul mendapat restu daripada ibu bapaku. Aku berasa amat terharu kerana ibu bapaku sangat mengerti tentang perasaanku. Dia tidak pernah lekang membuat aku tertawa dengan lawak-lawaknya. Dia juga sering memberikan aku hadiah sehinggakan aku rasa tidak senang kerana aku tidak mampu untuk memberi hadiah setiap hari kepadanya. Sehinggalah pada suatu malam , seperti biasa kami melihat bintang. Tiba-tiba dia menghulurkan sebuah rantai yang berukir namaku dan dia. Aku berasa amat terharu. Aku sentiasa memakainya dan tidak pernah sekalipun aku membuka rantai itu.
Hampir setiap hari aku mendapat surat daripada Zul. Dia pasti akan menyelitkan surat-surat itu di dalam bukuku. Aku sudah faham akan tabiatnya itu. Setiap surat yang diberi olehnya , aku simpan di dalam sebuah kotak khas. Aku merasa bahagia kerana mempunyai teman lelaki sepertinya. Segala kekurangan kami , kami akan cuba untuk memenuhi kekurangan itu. Dia tahu aku senang untuk didampingi oleh lelaki kerana wajahku. Tetapi dia tahu aku hanya menyayangi dia seorang. Dia tidak pernah marah walaupun sering mendengar rakan-rakannya memuji kecantikkanku. Aku amat bersyukur dapat berjumpa dan mengenalinya.
Hubungan kami masih rapat seperti dahulu malah lebih rapat sejak bergelar sepasang kekasih sehinggalah pada suatu hari selepas kami pulang dari cuti pertengahan tahun , aku mendapati sikapnya mula berubah terhadapku. Dia seakan- akan mahu menjauhkan dirinya terhadapku. Aku tidak tahu apakah salahku terhadapnya. Setiap kali aku mahu bertanya padanya mesti dia akan memberi bermacam-macam alasan. Aku cuba bertanya pada sahabat baiknya , Aidil. Aidil mengatakan bahawa dia baik-baik sahaja , masih macam dulu. Aku mula berfikir adakah disebabkan ramai yang menaruh hati terhadapku menyebabkan dia berubah sikap. Aku tidak dapat menahan air mataku dari menitis.
Setiap hari , aku menunggu surat daripadanya seperti yang dia sering lakukan. Namun , penantianku hanya sia-sia. Aku juga jarang melihat kelibatnya di sekolah. Aku berdoa pada tuhan , sekiranya dia mahu memutuskan hubungan ini aku redha. Aku tidak mahu menaruh harapan palsu lagi. Keesokkannya , aku mendapat tahu daripada rakanku , Syida bahawa Zul telah bertukar kelas. Aku berasa sangat kecewa. Sejak daripada itu , aku tidak lagi mendengar suara Zul menegur aku mahupun senyum padaku. Hati aku berkata mungkin dia sudah jumpa orang yang lebih sempurna untuk dirinya. Aku mengambil keputusan untuk menghantar sepucuk surat padanya.
Assalamualaikum Zul , saya minta maaf sekiranya saya menjadi punca awak berubah. Jika saya ada membuat salah terhadap awak , tolonglah beritahu saya. Saya tak nak awak tukar kelas semata-mata kerana saya. Saya tak minta lebih , sekiranya awak sudah jumpa pasangan hidup awak yang lebih baik daripada saya cakaplah pada saya. Awak lepaskanlah saya. Saya tahu saya tidak sempurna untuk awak. Saya tidak mampu untuk melengkapi segala kekurangan awak. Saya redha kalau awak ingin putuskan perhubungan kita ini. Saya tidak mahu mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin akan terjadi bagai menanti bulan jatuh ke riba. Saya tidak mahu menanti sebuah harapan palsu. Saya nak awak tahu yang saya sangat sayangkan awak dan saya harap awak dapat mencari pengganti yang lebih baik dari saya , yang boleh menjaga awak lebih baik dari saya. Saya harap awak tak lupa kenangan kita selama 6 bulan kita bersama. Saya akan simpan awak dalam hati saya sampai bila-bila. Awaklah cinta pertama dan terakhir saya. Saya redha dengan perpisahan ini seandainya ini sudah ketentuan tuhan dan juga takdir kita. Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan orang seperti awak yang sangat memahami diri saya dan menceriakan hari-hari saya. Terima kasih awak , tiada lelaki seperti awak yang mungkin saya temui lagi selepas ini. Awak telah banyak mengajar saya erti sebuah kehidupan. Awak juga telah membuka pintu hati saya untuk menerima awak. Segala tingkah laku awak saya sudah hafal. Awak , hari jadi awak dah nak dekatkan ?. Maafkan saya sebab tak boleh sambut hari jadi awak bersama awak lagi. Tapi , saya ada sesuatu untuk beri pada awak. Akhir kata , semoga awak sentiasa dalam keadaan yang sihat dan bahagia bersama orang baru. Saya akan doakan kebahagiaan awak okay. Sekali lagi terima kasih dan minta maaf atas segalanya.
Salam sayang ,
ZuR@
Keesokkannya , aku mendapat berita bahawa Zul dimasukkan ke hospital. Aku terkejut lalu aku terus mencapai beg dan terus bergegas ke hospital dengan menaiki teksi. Nasib baik pada hari itu aku sudah pun berada di rumah kerana minggu itu adalah minggu balik bagi budak-budak asrama. Air mata aku menitis di sepanjang perjalanan apabila telefon aku berdering menandakan sms masuk. Hati aku mula berasa tidak sedap. Aku dengan pantas membuka sms yang dihantar sebentar tadi. Air mataku semakin laju berderai apabila membaca sms yang mengatakan Zul seang berada dalam keadaan yang nazak. Aku menyuruh pemandu teksi itu mempercepatkan pemanduannya kerana aku tidak mahu terlewat untuk sampai ke hospital. Apabila tiba di hospital , aku ternampak ibunya sedang menangis. Ibunya terus mendapatkanku dan memelukku kerana ibunya pernah melihat gambarku di dalam telefon bimbit Zul. Ibunya menyuruh aku masuk kerana Zul tidak berhenti-henti memanggil namaku. Tanpa mempedulikan doktor yang ada di dalam ruangan bilik itu , aku mencapai tangan Zul. bertapa sedihnya aku melihat keadaannya. Aku dengan pantas menyeka air mata yang mula menitis supaya Zul tidak risaukan aku. Zul membuka matanya apabila mendengar suaraku memanggilnya. Terasa semakin sebak dadaku ini apabila menatap wajahnya yang lemah. Dia tersenyum padaku walaupun senyumannya itu tidak seperti selalu. Dia memandang aku tanpa berkelip. Aku tidak dapat menahan air mataku yang mula membasahi pipi. Aku dapat merasakan Zul memegang tanganku dengan erat. Dengan keadaan tangan yang terketar-ketar dia menyeka air mataku. Aku sempat mengatakan " I love you" kepadanya dan aku tidak menyangka itu merupakan kata-kata terakhirku untuknya.
Dia sudah tidak mampu bercakap kerana keadaannya yang nazak. Dia seolah-olah ingin memberitahu kepadaku agar tidak menangis. Tiba-tiba genggamannya semakin terbuka. Dia mengalami sesak nafas. Aku dengan cemas menekan butang kecemasan yang terdapat pada hujung katil. Doktor menyuruh aku menunggu di luar. Aku dapat merasakan sesuatu. Tidak beberapa lama kemudian , doktor tersebut keluar dari bilik di mana Zul ditempatkan dan memberitahu bahawa Zul sudah tiada. Kepalaku terasa sakit lalu aku rebah di hadapan pintu bilik Zul.
Hampir setengah jam aku tidak menyedarkan diri , apabila aku membuka mata aku melihat ibu Zul berada di sebelahku. Aku bertanya padanya bagaimana keadaan Zul. Ibunya tidak mampu berkata apa-apa dan hanya mampu menggeleng lalu menangis. Dengan reaksi ibunya itu , aku sudah tahu bahawa Zul sudah tiada lagi. Dalam keadaan yang lemah aku berjalan ke bilik Zul lalu aku melihat kain yang sudah menutupi muka Zul. Aku menangis teresak-esak. Aku sudah kehilangannya. Terasa dadaku sesak. Ibu Zul yang mengekoriku dari belakang menyerahkan satu sampul surat.
Aku mencapai surat itu.Tanganku terketar-ketar apabila melihat tulisan tangan Zul yang bertulis namaku pada sampul surat itu. Aku duduk di kerusi yang diletakkan di sudut tepi bilik itu. Dengan perlahan-lahan aku membuka sampul surat itu lalu membacanya dengan keadaan air mata tidak berhenti mengalir.
Zura,
Semasa Zura membaca surat ini , Zul sudah menemui tuhan. Mungkin Zul sedang disoal oleh Munkar dan Nakir pada saat ini. Maafkan Zul kerana merahsiakan penyakit Zul. Sebenarnya Zul menghidap penyakit barah hati. Zul tidak pernah berniat untuk menjauhkan diri daripada Zura. Zul pun sayangkan Zura. Zul tukar kelas bukan kerana Zul bencikan Zura , tetapi Zul tidak sanggup melihat Zura. Zul berasa bersalah terhadap Zura. Zul tidak mempunyai sesiapa selain Zura. Zura adalah satu-satunya cinta hati Zul. Tiada perempuan yang sesempurna Zura. Zura memenuhi kekurangan Zul dan menyedarkan Zul tentang kewujudan tuhan yang telah mencipta kita semua. Semakin Zul melihat Zura , semakin hati ini menjadi sakit kerana Zul telah melukakan hati perempuan yang Zul cintai. Maafkan Zul kalau Zul memberi harapan palsu kepada Zura. Zul tidak bermaksud untuk berbuat begitu. Zul tahu suatu hari nanti Zura pasti akan berjumpa dengan orang yang lebih baik daripada Zul. Zura harus tahu yang Zura tak pernah buat apa-apa kesalahan terhadap Zul. Zul bangga mempunyai Zura di samping Zul. Zura seorang yang setia walaupun Zul tahu ramai yang menaruh hati terhadap Zura. Tapi Zul yakin Zura takkan berpaling arah terhadap Zul. Semenjak perkenalan kita , terlalu banyak yang Zul tak pernah buat , Zul buat. Zura telah menjadi kekuatan kepada Zul untuk melawan penyakit ini. Tapi , Zul tidak mampu menolak ketentuan tuhan dan apa yang ditakdirkan untuk Zul. Zul selalu tiada di sekolah sebab Zul kena pergi rawatan setiap minggu. Maafkan Zul sebab menyepikan diri dan merahsiakan suatu lagi perkara daripada Zura. Sebenarnya Aidil tahu apa yang Zul sedang alami selama ini tapi Zul tak benarkan Aidil beritahu pada Zura sebab Zul tak nak Zura menangis kerana Zul. Zul tahu Zura kuat ! Zura pasti boleh menerima takdir ini kan ?. Zul kini hanya mampu melihat Zura daripada jauh. Zul tak nak melihat walau setitis pun air mata Zura. Zul amanahkan Aidil untuk menjaga Zura kerana Aidil juga sudah lama sukakan Zura tapi setelah dapat tahu Zura bersama dengan Zul , dia menarik diri. Aidil seorang yang baik. Zul yakin Zura akan bahagia bersamanya. Terima kasih Zura kerana telah menjadi kekuatan dan semangat kepada Zul untuk menempuhi hari-hari terakhir. Zul nak Zura tahu Zul cintakan Zura. Zura jaga diri elok-elok tau. Maafkan segala kekhilafan diri Zul dan ketidaksempurnaan Zul dalam menjadi teman lelaki yang terbaik untuk Zura. Kalau Zura rindukan Zul dengarlah lagu yang Zul pernah nyanyikan untuk Zura. Zul akan ingat segala kenangan kita bersama.
Salam akhir,
Zul
"Awak jaga diri awak elok-elok kat sana , saya akan sentiasa sedekahkan yassin untuk awak. Ya Allah tempatkanlah dia bersama-sama dengan orang-orang yang beriman. Jika ada jodoh , kita akan berjumpa di alam sana suatu masa nanti. Semoga suatu hari nanti , ada sinar yang akan menerangi awan yang mendung.", bisik hati Zura.