jangan cari musuh
Thursday, June 23, 2011 | 11:30 AM | 0 Words
pagi tadi sewaktu aku bangun, aku terus menuju ke arah tv kan ! aku pun buka la tv then ada la motivasi pagi nie tajuk die "jangan cari musuh'' ..
aku pun kushyuk ar dengar.dr . tengku asmadi tu cakap ,
kita jangan cari musuh sebaliknya kita harus bermaaf-maafan sesama kita.aku pon macam tersentuh la dengar.sebab aku nie susah cari musuh unless kalau orang yang nak bermusuhan dengan aku.aku jenis tak kesah pon.aku pergi belajar bukan untuk cari musuh.
dr . tengku asmadi pesan ,
kalau orang suka menyakitkan hati kita biarkan.,sebab itu tandanya kita bagi dia peluang untuk lepaskan kemarahan die pada kita.bagi dia itu je cara untuk dia BERNAFAS dengan LEGA.so kita patot menyokong apa yang die buat ! yang penting jangan kita menyakitkan hati orang sebab api tak boleh dibalas dengan api kang terbakar rumah aku =.=' hahaha (start merapu)
sesungguhnya sebagai orang yang mempunyai pemikiran yang matang kita haruslah berfikir demi kebaikan kita dan orang lain supaya jiwa kita sentiasa tenang , bagi sesetengah orang memang sudah menjadi sikap dia menyakiti orang lain sebab die tidak diberi kasih sayang dalam diri dia.itu yang kita harus berjaga-jaga !
aku tersentuh dengan kata-kata saidatina Khadijah kepada suaminya Rasulullah junjungan kita,
''wahai Rasulullah,sekiranya aku meninggal dunia,jika tulang-belulang ini dapat dijual,jualkanlah tulang-belulang ku ini untuk menegakkan agamamu"
alangkah amannya dunia nie kalau setiap manusia berpandangan jauh seperti rasulullah dan isterinya walaupun disakiti namun mereka masih memaafkan orang lain.
satu persoalan : mampukah aku manusia biasa nie memaafkan orang yang menyakiti hati aku? mampukah aku jadi seperti nabi yang memaafkan umatnya.sedangkan tanggungjawab dan peristiwa yang berlaku padanya lebih berat. hanya ALLAH yang tahu apa yang tersirat dalam hati aku ~