puisi cinta~
Tuesday, March 8, 2011 | 9:41 PM | 0 Words
Cinta
Cinta merupakan impian setiap insan,
Ia lahir melalui satu hubungan,
Juga suatu ikatan yang sukar untuk dileraikan,
Melalui itu terciptalah kasih dan harapan.
Diri mendambakan kehadiran cinta,
Cinta yang membawa bahagia,
Cinta yang tidak memberi sepi dan luka,
Dua hati memiliki satu naluri dan satu cinta.
Cinta boleh membawa ke jalan dusta,
Cinta juga boleh membutakan hati dua manusia,
Cinta hakiki yang dicari pasti sukar ditemui,
Cinta boleh hadir dan pergi dengan sekelip mata tanpa kita sedari.
Melalui cinta yang sentiasa menjanjikan setia,
Terjalin bahagia apabila kepercayaan diberi,
Namun tidak semudah yang kita lihat dan rasa,
Cinta nampak indah di mata namun menjadi duri di hati.
Kerana cinta mereka lalai dan leka,
Diri terumbang-ambing di bumi yang nyata,
Sanggup menyerah diri pada cinta berlandaskan nafsu,
Adab dan kehormatan diri terabai.
Carilah cinta yang sejati dan
hakiki,
Cinta pada ILAHI cinta yang sentiasa menjanjikan syurga,
Cinta yang membawa seribu kasih dan bahagia,
Cinta yang selamanya kekal abadi.
personally created by,
yurm