erti persahabatan
Wednesday, March 9, 2011 | 10:13 PM | 0 Words
Kadang-kadang kita tidak sedar bila kita melakukan
kesalahan,,dan kita sering meletakkan kesalahan itu atas orang lain.Tanpa kita
sedari,sikap kita terhadap seseorang itu juga akan membuat orang lain membuat
persepsi sendiri tentang diri kita,cara layanan kita,mimik muka kita.Bukan kita
seorang sahaja yang ada perasaan,orang
lain juga ada.bukan kita seorang kena jaga perasaan orang lain,perasaan kita
juga berhak dijaga.kalau kita rasa tak puas hati,kita boleh berterus-terang
dengan seseorang itu,tak perlu sampai menarik muka seolah-olah dia buat salah
yang teramatlah besar.bila hati kita tak dah macam hati,dia menjadi tawar untuk
menerima semula seseorang itu,kerana orang itu telah banyak diberi peluang dan
pihak lagi satu sentiasa memberi muka pada seseorang itu.tapi malangnya,orang
itu sentiasa menimbulkan perasaan sedih dan kecewa dalam hati kita,pernahkah
orang itu cuba memahami rakannya? Kenapa rakannya sahaja yang kena memahami
dia? Yang selalu beralah dengan dia? Yang sentiasa meminta maaf pada dia sedangkan
dia pernah ke cuba buat semua tu? Malah,dia tidak memahami situasi kita,kenapa
hati kita perlu lembut lagi dan beri dia banyak peluang?kenapa kita bodoh
sangat sampai kita biar seseorang tu mencalarkan hati kita? Hanya satu
sebab,sebab dia KAWAN kita,dan kita
bukan nak buat MUSUH,tapi kejadian
hari ini cukup terbukti dan jelas serta
biarlah menjadi peristiwa di mana sejarah berulang dua kali,orang yang selama ini kita percaya,kita
harapkan tikam kita dengan perlahan-lahan,sedikit demi sedikit.AMAT MENYAKITKAN jika dibandingkan
dengan tikam
terus!! Mungkin surat ini menjadi bukti satu hati yang telah dirobek oleh hubungan SEBUAH PERSAHABATAN.kenapa kita sentiasa
mensia-siakan peluang yang diberi? Kenapa kita suka menjadikan perkara kecil
menjadi besar?kenapa kita tidak cuba bertanya kenapa kita tidak pergi kat dia?
Kenapa kita suka mengeluarkan kata-kata yang bodoh seperti “aku
nie apela pada mata kau!”,seorang sahabat yang menghargai hubungan
persahabatan tidak akan berkata demikian,,malah dia akan menyokong rakan dia
dan memahami keadaan rakannya.berapa kali dia menghulurkan tangan memohon maaf
pada kita? Pernah dia terfikir? Dan berapa kali kita menghulurkan tangan
memohon maaf kepada dia? Pernah dia hargai dan berusaha menjaga sebuah
persahabatan itu? Pernah dia terfikir,dia pernah jaga perasaan kita?,dia pernah
ambil tahu pasal kita?dia pernah menyalahkan diri sendiri?dia pernah beralah
dengan kita?dia pernah menghargai kita? Jauhh sekali. Pernah dia berfikir kesan
dari tindakan dia? Kalau kita sudah tahu apa yang rakan kita tak suka janganlah
kita buat contohnya,MEMBUAT MUKA
sebab PERKARA KECIL dan MERAJUK
seperti KANAK-KANAK sedangkan kita
sudah boleh fikir PERKARA YANG BAIK DAN
BURUK. Depan
mata dia kita sentiasa silap,pada hakikatnya,kita dah letih jadi orang
bodoh yang sentiasa jaga perasaan orang lain padahal dia tidak pernah kisah pun
tentang semua ni. Pernah dia tahu kita banyak menangis kerana dia?.bila perkara macam ini sudah berlaku,kita jangan salahkan
rakan kita kenapa dia berubah?kenapa dia sudah tidak pedulikan kita.kenapa dia
tidak memandang kita lagi,renung-renungkanlah sikap kita.jangan
ditanya kenapa dia diperlakukan sebagai musuh kerana kita tahu sikap dia bila
dia sudah mula rasa sakit hati,dia tidak akan berpaling pada kita lagi,contoh
pun kita sudah lihat di depan mata seperti peristiwa yang berlaku tahun-tahun
sebelumnya.bila terlalu lama memendam rasa,kita akan berasa suatu perasaan yang
lain terhadap seseorang itu.mungkin dia pernah merasakan perasaan itu pada
orang lain.kita sentiasa bertanya pada dia jika dia ada yang tidak puas hati
dengan kita,tapi jawapannya tetap sama “takde ape2!!”.jadi perlukah kita bertanya dan
mengambil tahu lagi,segala kebaikan tidak pernah dipandang.mungkin
dulu,sekarang? Jika dia sudah membenci kita pun tidak mengapalah kerana kita
pun sudah tidak mengharapkan apa-apa,Cuma yang kita minta semoga pada suatu
hari nanti dia akan ingat apa yang dia pernah buat pada kita.dimana dia akan
sedar bahawa orang yang dibenci inilah yang akan dikenangnya.mungkin dia akan
mengerti satu saat nanti.pernah dia berdiri tempat kita dimana dia merasa
kesakitan punya banyak masalah? Dia takkan faham sebab dia belum berada di
situasi kita.mungkin dengan cara ini sahaja masalah ini boleh
diselesaikan,semoga dia mendapat kawan yang terbaik,yang boleh membimbing
dia,yang mengambil berat tentang dia,yang boleh membuatkan dia tidak memerlukan
kita lagi,yang menjadikan dia lebih matang bukan hanya mengikut emosi tidak
matang.maaf seandainya kata-kata ini mengguris hati kerana itulah hakikat yang
perlu dia ketahui setelah lama tersimpan dalam hati tidak diluahkan kerana kita
hendak menjaga hati dia.namun keburukkan yang kita dapat.mungkin kita bukanlah
kawan terbaik bagi dia sebab itu dia tidak mahu memahami kita,buat apa dipendam
lagi perasaan yang dah lama terbuku ini,buat apa dijaga lagi hati yang tidak
mengerti? Buat apa lagi dilukakan hati sendiri sedangkan orang lain
bahagia.buat apa dicipta lagi masalah? Mungkin ini pengajaran buat kita
berdua.mungkin pada si dia istilah
p/s: maaf seandainya kita berbeza dan mungkin kita akan
berjauhan serta dilayan seperti orang yang telah awal-awal mencederakan hati ini 5
bulan yang lalu.dan kau telah menjadi orang kedua yang memparahkan
lagi keadaan hati ini.semoga “dia” memahami isi tersirat dan tersurat surat
ini.