Just A Story



1000 wajah durjana.
Saturday, May 27, 2017 | 1:23 PM | 0 Words
Manusia.

Tidak sekali aku mendengar manusia tidak pernah menghukum. Tidak pernah meletak nilai manusia yang lain. Seperti aku manusia. Tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan. Manusia kerapkali meletak hukum atas apa yang mereka dengar daripada buah mulut manusia lain daripada melihat dengan kedua mata kepala mereka sendiri. Lalu dijatuhkan hukuman atas fitnah yang ditaburkan tanpa usul periksa tanpa bertanya apa yang berlaku. Usah kata hendak memahami, malah terus meletak hukum seperti dianya Tuhan. Sedangkan Tuhan juga tidak sewenang-wenangnya menghukum hamba-Nya. Sedangkan Tuhan melihat apa yang kita kerjakan. Dia tidak tidur, tidak pula tertutup hijab-Nya walau kita berselindung di balik pasir dosa. Maha Suci Allah, Maha Melihat serta Maha Mengetahui segala sesuatu.

Manusia.
Mereka hanya berlindung di sebalik 1000 topeng permainan sandiwaranya.
Mereka hanya berpura-pura menunjukkan lagak gaya seperti malaikat.
Sedangkan, berteman dengan syaitan.
Hasad dengki, kata fitnah, hukuman yang tidak berasas, 'ignorant' people.
Erti kata lain mereka adalah penakut.
Penakut.
Takut akan bayang-bayang mereka sendiri.
Takut untuk memperakui kebolehan dan keistimewaan manusia lain di hadapan mereka.
Seolah-olah mereka umpama 'rival' dalam hidup manusia yang takut akan bayang-bayangnya sendiri.
Sehingga sanggup menjatuhkan maruah diri dengan menyibuk hal orang lain.
Menjaga tepi kain manusia lain.
Sedangkan kain sendiri koyak dan tidak berjahit.

Manusia.
Mereka merasa cukup akalnya.
Tetapi lupa, semakin bijaknya seseorang itu, semakin tinggi angkuhnya.
Semakin tinggi riaknya, membenarkan apa yang batil sedangkan jelas lagi nyata mereka tidak lihat dengan mata kepala mereka sendiri.
Mereka tidak mengalami situasi di mana mereka dianiayai, ditindas dan dicaci maki.
Mereka mampu bergembira di atas penderitaan orang lain.
Mereka tidak bertanya apatah memahami atau merasai.

Manusia.
Mereka menjatuh hukum dan meletak nilai seseorang itu seperti mereka lah tuhan yang menciptakan.
Meletakkan aib seseorang di hujung tali gantung, menyebarkan seperti tidak takut aib sendiri terbuka.
Usahkan kata simpati, empati juga belum tentu mampu diberikan.
Kerana mereka bongkak.
Bongkak atas kejayaan mereka.
Mereka tertawa kerana mereka merasa mereka mampu menakhluk dunia yang terlihat indah tetapi sebenarnya kelam.
Mereka sebenarnya bodoh dan diperbodohkan oleh ilusi mereka sendiri. Halusinasi.
Usah kata ingin membantu, malah merasa mereka sudah cukup besar.
Tidakkah mereka sedar, bertapa kecilnya mereka? lupakah mereka, bertapa kerdilnya mereka di sisi tuhan?
Sedang dosa orang lain yang sibuk digali, tidak sedar akan dosa sendiri masih belum ditimbus.
Seperti boneka, dilakukan sesuka hati tanpa menjaga hati dan memastikan kebenaran.

Sungguh aku ingin katakan, hilangnya rasa hormat aku pada manusia yang bertopengkan 1000 wajah durjana.
Sedang mereka merasa mereka di atas, mereka lupa yang roda hidup ini berputar.
Jangan mengeluh seandainya satu hari nanti, semua yang kau katakan akan terludah di muka sendiri.
Kasihan.
Teruskan, kerana Allah Maha Mengetahui.
Kepayahan dan kesusahan perjuangan seseorang dalam meneruskan hidup.
Walau sendiri.
Kerana tatkala manusia mati juga sendiri. Tidak pula berpasang-pasangan mahupun bisa membuat permintaan untuk mati bersama.

-Past- | -New-