Just A Story



"Any man can make mistakes, but only an idiot persists in his error."
Wednesday, October 14, 2015 | 4:25 PM | 0 Words
Kadang,
kita takkan pernah rasa puas hati dengan apa yang orang buat silap.
Tak kisahlah pada diri kita atau pada orang lain.

Cuma.
Apa yang perlu kita lakukan,
Bila kita tahu kita ada buat kesilapan, atau mungkin kita tidak sedar silap kita.

Mohon.
Mohon beritahu.
Mohon jelaskan.
Mohon jaga air muka dan maruah orang lain.
Mohon fikir yang semua orang ada hati dan perasaan.
Mohon bersikap professional.(direct terus dekat orang berkenaan tu)

Tak perlu.
Bermusuh.
Tarik muka.
Tunjuk perangai.
Jadikan isu besar.
Tak bertegur sapa.
Drag orang lain juga.

Tolong.
Tolong tanya cara baik.
Tolong cakap apa salah silapnya.
Tolong dengar kedua belah pihak.
Selesai antara orang berkenaan sahaja.

Jangan.
Jangan memfitnah.
Jangan fikir kita je betul.
Jangan buat konklusi sendiri.
Jangan tunjuk yang kita ni pun bodoh macam dia.
Jangan tunjuk kita ego dan hukum orang atas kesilapan yang dia tak sedar.

Matang.
Bertanya.
Kawal emosi.
Selesaikan masalah cara baik.
Dengar penjelasan dari semua pihak.
Tegur cara yang sesuai dengan keadaan.
Sentiasa fikir yang kita pun ada salah kita sendiri.
Kalau kita tahu dia salah sekalipun, biar kita mulakan.
Sebab tak salah pun mulakan dulu dan mungkin boleh baiki keadaan.
Maafkan kalau dia yang beralah bila minta maaf walaupun bukan salah dia 100%.

Ingatan untuk diri sendiri juga. Terima kasih kerana sudi baca. Assalamualaikum.

-Past- | -New-