Just A Story



Antara janji dan rasa hati.
Thursday, October 8, 2015 | 8:22 PM | 0 Words
Antara janji dan rasa hati.

Antara janji dan rasa hati,
Mana yang aku akan pilih?
Mana yang perlu aku pilih?
Mana pilihan tepat untuk aku?
Mana.

Sebelum arwah pergi,
Kata-kata terakhirnya ...
Minta agar aku menjaga perhubungan yang kami miliki pada tika waktu itu.
Akan ku tepati janjiku padanya ketika itu.
Sungguh aku tanpa ragu membuat kata tanpa tahu apa akan berlaku.

Dia sudah pun tiada.
Dia adalah seorang ajnabi.
Yang pernah hadir menjadi bahagian coretan kisah hidupku.
Dan masa membuat aku semakin terluka.
Luka yang aku pendam aku cuba baluti dengan kemas dan rapi.
Namun gagal. Gagal atas kerelaanku sendiri.
Aku tawarkan senyuman pahit untuk kalian.
Kalian yang berbisik benci dalam fikiran juga perasaan.

Antara janji dan rasa hati.
Aku tanyakan pada ibuku,
"Salahkah jika kita mendoakan agar disatukan satu hari nanti di syurga?"
Lalu jawapan yang aku terima,
"Jika hubungan suami isteri tidak menjadi salah.
Tetapi jika tidak punya apa-apa ikatan, apa kita sanggup dan mampu biarkan orang
 yang kita sayang tidak dapat bersama dengan bidadari syurga Allah?"


Antara janji dan rasa hati.
Aku buntu.
Terpaku.
Membisu seketika.
Kerana sayang, aku lebih redha.
Kerana sayang, aku doakan agar dia disatukan dengan bidadari.
Bidadari syurga Allah yang jauh lebih sempurna untuk dirinya.
Agar aku juga tidak menambah luka di hatinya.
Kerana terlalu sayang, aku inginkan dia bahagia di alam sana.
Aku tersenyum sepi menerima hakikat bahawa semua ini hanya mimpi.

Aku di sini masih buntu.
Rasa hati memberontak ingin keluar daripada kemelut perasaan sendiri.
Cuba mencambah rasa untuk menerima orang baru dalam hidupku suatu hari nanti.
Tetapi aku buntu, apakah dia di sana akan tersenyum bahagia
Jika aku melupakannya suatu saat nanti?
Mungkinkah aku mampu beralih daripada kisah silam dengan membuka buku baru
Tanpa dibebani rasa bersalah?
Antara janji dan rasa hati?
Mana.

Kusut.
Bolehkah seseorang beritahu aku apa patut aku lakukan?
Apa jawapan yang perlu aku cari?
Aku dilema.
Takut jika janji aku pada arwah tidak tertunai.
Dan pada masa itu, aku mungkin tidak berani bersemuka dengannya di akhirat kelak.
Kerana malu.
Kerana rasa bersalah.
Pada waktu yang sama kerna ku tahu dia bukan untukku, maka aku cuba buka pintu hati
Untuk yang pasti suatu hari nanti.
Namun apakah aku punyai peluang sekali lagi untuk mencintai, dicintai, memiliki dan dimilki
Oleh seseorang yang lebih daripada layak buatku?
Seseorang yang sedar akan kewujudan aku,
Dan membuat aku lupa segala derita.




Antara janji dan rasa hati,
Aku masih buntu.
Buntu dalam mencari jawapan.


Mohon bantu aku :').


-Past- | -New-